Categories: HiburanSelebriti

Yuna Antara Yang Terbaik, Lagu Di Striming Sehingga 36 Juta

Nampaknya penghijrahan penyanyi Dan Sebenarnya ini ke luar negara bagi mengembangkan lagi karier nyanyiannya bukanlah sesuatu yang sia-sia. Selain dapat berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa, Usher menerusi lagu Crush dan melakukan beberapa siri jelajah di sana, Yuna kini boleh berbangga apabila Spotify menyenaraikan namanya dalam 2018 Wrapped  dan mengumumkan dia antara penyanyi yang terbaik.

Berita tersebut juga turut dikongsi oleh Yuna menerusi laman instagram miliknya semalam.

 

Wow!
Siapa sangka ini satu pencapaian yang membanggakan buat penyanyi yang mula berjinak-jinak dalam bidang muzik sejak 10 tahun yang lalu.
Spotify juga memaklumkan lagu Yuna antara yang paling banyak dimainkan oleh pendengar iaitu sebanyak 76,890 buah bandar di seluruh dunia. Dengan memiliki seramai 6 juta followers menerusi aplikasi ini sahaja tidak hairanlah sekiranya lagu Yunalis Zarai telah distriming sebanyak 36 juta pendengar pada tahun 2018 sahaja.
Menurut Yuna, selain terharu diatas sambutan para peminatnya terhadap usaha dan kerja keras beliau selama ini, Yuna juga mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa untuk berada diatas bukanlah mudah, dan menuntut kerja keras dan fokus yang tinggi.
Salma Syahbuddin