Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

Pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam mendoakan agar menantu kesayangannya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata, sebagai seorang bapa dia mengharapkan agar Sarah mendapat jodoh yang baik dan dapat membahagiakannya dan anak-anak.

Justeru, dia enggan masuk campur mengenai urusan tersebut.

“Kami mendoakan yang terbaik. Semoga Puteri Sarah mendapat jodoh dengan lelaki yang dapat membahagiakan dia dan anak-anaknya.

“Soal siapa jodoh Puteri Sarah, biarlah dia yang buat pilihan. Kami tidak mahu campur dalam hal ini.

“Biarlah takdir yang menentukan segalanya dan mendapat keberkatan Allah SWT. Hanya kami sentiasa berdoa yang terbaik,”ulasnya.

Terdahulu, pengarah filem Sembilu itu bersama isterinya, Datin Patimah Ismail antara individu yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan karier Puteri Sarah Liyana walaupun aktres itu sudah bercerai dengan pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, pada 14 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Rapat Dengan Andi Arsyil, Yusof Haslam Komen Soal Jodoh Puteri Sarah : “Harap Dia Jaga Batas Pergaulan Dengan Lelaki Yang Dikenalinya”

ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf, Saya Tak Mahu Komen” – Datuk Yusof Haslam

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Syamsul Yusof Didakwa Musnah, Yusof Haslam ‘Kunci Mulut’ – “Lebih Baik Diam Takut Dia Terasa Hati”

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Puteri Sarah & Syamsul, Minta Jangan Layan Gangguan Keluarga Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Anggap Perceraian Syamsul & Puteri Sarah Bukan ‘Tiket’ Untuk Lepas Tanggungjawab – “Berbaiklah Demi Anak-Anak”

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

Salma Syahbuddin