Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Selepas melancarkan single terbarunya berjudul Tiada Dendam, Zara Zya sekali lagi panas dengan kisah cintanya bersama pelakon Shh!I Love You iaitu Hafreez Adam. 

Menurut Zara Zya, hubungan yang terjalin ini masih baru iaitu sejak beberapa bulan yang lalu selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersama-sama. 

“Kami sudah kenal lama tapi makin rapat sejak berlakon drama sebanyak 80 episod. Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan sahaja. Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula. Apatah lagi, saya selesa menjalinkan hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok.” Katanya

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka.

Diharapkan hubungan Zara Zya dan Hafreez berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. kedua-duanya pun sama cantik, sama padan bukan?

Salma Syahbuddin