Prank Buah Hati, Patung Maskot Itu Hanya Sewa Bukan Beli

Hubungan cinta pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya dilihat semakin hari semakin sweet. Membaca dua pasangan sejoli ini berbalas komen di Instagram, comelnya!

Baru-baru ini, Zara Zya telah membuat kejutan terhadap kekasihnya itu dengan menyarungkan mascot beruang. Video kejutan itu tular dan sejak daripada itu, ramai yang bertanyakan di mana agaknya Zara mendapatkan patung maskot itu ya?

“ Memang ramai yang mesej kepada saya bertanya di mana boleh beli patung maskot itu. Ini kerana ramai yang nak buat kejutan terhadap kekasih masing-masing seperti mana saya buat terhadap Hafreez,” katanya.

Pelakon wanita berusia 33 tahun itu memberitahu dia tidak membeli patung maskot itu tetapi hanya sewa sahaja.

“ Hafreez memang terkejut dengan prank itu. Kalau nak tahu, ini pertama kali saya buat kejutan sebegini untuk memori kami bersama,” katanya.

Alahai…sweet lah korang ni!

 

SGMS Faida