Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2024 @ 7:23pm

Zarina Anjoulie Minta Izin Bakal Suami Jadi Suri Rumah, Netizen Puji Pasangan Bahagia – “Nak Pencen, Abadikan Diri Untuk Awak”

Pelakon, Zarina Anjoulie memuat naik video bersama kekasih, Datuk Khazrul Ezley di Instagram miliknya meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, Zarina bertanya kepada cinta hatinya itu sekiranya dia boleh menjadi suri rumah selepas mereka berkahwin.

“Okay papa (Khazrul) saya dah buat keputusan, saya nekad untuk tidak bekerja lagi, saya nak jadi jadi suri rumah sepenuh masa.

“Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.

“Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang bertanya mengenai status Anju bersama Khazrul mendakwa mereka telah berkahwin.

Persoalan tersebut timbul gara-gara kapsyen Anju yang menggelarkan Khazrul sebagai suami.

“Tengah convince suami saya tak nak kerja dah, nak dia tanggung saya. I’m tired, nak pencen sekarang,” tulisnya.

Anju bagaimanapun tidak menjawab persoalan netizen tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan kebahagiaan pasangan sejoli ini.

Sebelum ini, Anju dan Khazrul pernah mengikay tali pertunangan pada 26 Januari tahun lalu namun hubungan mereka putus sebulan kemudian.

Sejurus itu, Anju dan Khazrul saling bertikam lidah dan berbalas pendapat di media sosial.

Artikel Berkaitan: Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Artikel Berkaitan: Saling Titip Kata Manis Di IG, Anak Khazrul Beri Ucapan Penghargaan Buat Zarina Anjoulie – “Mak Tiri Berhak Dapat Penghormatan Macam Ibu Kandung”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Oct 2019
Featured Wed, 1 Mar 2023

Malaysia Pilihan MUSE! Konsert ‘The Will of The People’ Berlangsung Pada 29 Julai 2023

Fuhh power lah Malaysia! Kena cepat-cepat beli sebelum sold out

Hiburan Sun, 29 May 2022

Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Isteri Haqiem Rusli ditegur netizen tentang cara pemakaian baju dan tudungnya.

Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Sengaja Nak ‘Menilai’ Apa Netizen Akan Kecam..” – YouTuber Akui Buat Konten Tarik Tudung Untuk Kajian Sosial

Macam mana ni gais? Acceptable tak alasan diorang? Saja nak uji netizen je katanya… 🤭🤭

Contest Thu, 8 Aug 2019
Featured Tue, 15 Aug 2023
Featured Wed, 20 Mar 2024

Kongsi Cerita Ikan & Rezeki, Alif Satar Bikin Ramai Insaf – “Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah”

Masya-Allah, nampak mudah perkongsian Alif tapi betul-betul patut dijadikan pengajaran buat kita semua❤️😥