Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 1, 2019 @ 6:00pm

Ikmal Amry ikut jejak David Beckham

Selain menceburkan diri dalam bidang lakonan, bakat baru kelahiran Hero Remaja 2017, Ikmal Amry, 24, gemar bermain bola sepak.

Memilih David Beckham sebagai idolanya dalam sukan terbabit, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, minatnya terhadap bekas pemain kelab gergasi dunia Manchester United itu bermula sejak Piala Dunia 2002.

“Saya memang dah lama kagum dengan kebolehan David Beckham bermain bola sepak. Awalnya mak saya yang fanatik pada Beckham.

“Jadi automatik saya pun ikut sama. Bermula dari Beckham berimej botak, Beckham memang power main bola masa tu,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian David Beckham.

Tambah pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini, dia sangat mencintai sukan terbabit dan sering bermain bola sepak jika mempunyai masa lapang.

“Saya sangat sukakan bola sepak! Jadi, bila saya terpilih untuk mewakili wangian jenama David Beckham ini, saya sangat gembira dan bangga.

“Wangian itu sangat membantu untuk saya berdepan dengan orang ramai. Sejujurnya, saya seorang yang pemalu.

“Wangian Respect daripada David Beckham berikan saya keyakinan untuk berjumpa orang dan turut memberi saya aura apabila memakainya,” katanya lagi.

Ikmal bersama pelakon lain seperti Aedy Ashraf, Harris Anuar, Syafiq Kyle dan ramai lagi turut aktif bermain bola sepak untuk kelab Challo FC.

Oleh: Azwa Rahman

Sumber : Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Always Put Yourself In Other Shoes” – Netizen Puji Sikap Rita Rudaini Pejuang Hak Pendidikan Anak-Anak & Ibu Bapa

Kelantangan dan keberanian pelakon versatile, Rita Rudaini dalam memperjuangkan hak ibu bapa dan anak-anak khususnya dalam isu pendidikan terus menerima sokongan positif daripada netizen.

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tiket Konsert Jason Mraz Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Wow, penangan Jason memang ‘berbisa’!

Events Tue, 8 Jan 2019

#cnysohappy Tik Tok挑战!一起跳手势舞赢奖品

呼叫Tik Tok达人们~ 赶快参与「#cnysohappy Tik Tok挑战」赢取丰富奖品,且还有机会出现在八度空间脸书哟!

Featured Fri, 29 Sep 2023
Selebriti Tue, 19 Sep 2023
error: Content is protected !!