Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 4, 2018 @ 6:38pm

Indahnya Panorama Danau Labuan Cermin, Buat Hati Enggan Pulang

Sana-sini orang bercerita tentang keindahan Sky Mirror, Kuala Selangor atau sinonim dengan panggilan Pulau Cermin.

Melalui foto-foto yang terdapat dalam carian Google, anda pasti tergoda dengan panoramanya yang mengagumkan.

Selain di Kuala Selangor, terdapat sebuah pulau dengan karakter yang seakan sama. Dinamakan sebagai Danau Labuan Cermin di Kalimantan Timur, Indonesia pernah menjadi tular di laman sosial, Facebook suatu ketika dahulu.

Labuan Cermin merupakan sebuah danau dua “lapisan” rasa iaitu di atasnya merupakan air tawar manakala di bawahnya air masin. Uniknya, kedua-dua lapisan air itu tidak bercampur.

Melihat daripada mata kasar, ia dipisahkan oleh lapisan yang seolah-olah menyerupai awan. Sehingga kini, tiada kajian yang dilakukan bagi mengetahui sebab ia sedemikian rupa dan fenomena itu masih menjadi misteri.

Tambah unik, kawasan itu didiami oleh dua spesies hidupan iaitu air tawar dan air masin. Misalnya, ikan air tawar akan hidup di atas manakala ikan laut berada di sebelah bawah.

Foto: Liputan6

Danau Labuan Cermin memiliki air yang sangat jernih, bahkan dasar dari danau yang berupa pasir laut dapat dilihat dengan jelas.

Mengapa ia dinamakan Labuan Cermin? Ini kerana Labuan Cermin memiliki lapisan yang membuatkan cahaya matahari memantul.  

Dua jenis air inilah yang membuat danau memiliki sebuah lapisan pemisah sehingga air dapat memantul. Saat berada di Labuan Cermin, pengunjung dapat melakukan aktiviti seperti berenang, snorkeling dan juga menyelam.

Foto: Kampoengue

Sesetengah orang menggelarkan Danau Labuan Cermin sebagai Danau Dua Rasa. Meski kejernihannya membuatkan kita terasa seperti airnya cetek, tapi harus waspada kerana kedalaman air mencapai 5 meter.

Pemandangan di sekitar Danau Labuan Cermin sangat menenangkan. Dikelilingi pepohonan rimbun yang membuat suasana sangat teduh, lokasi ini cukup ideal bagi mereka yang ingin mencari ketenangan.

Faktor lapisan air tawar dan masin itu menyebabkan ikan-ikan terpisah. Ikan air tawar akan kelihatan di bahagian dasar manakala ikan air masin pula banyak di permukaan air.

Foto: Phinemo

Sebelum menuju ke Labuan Cermin, jangan lupa membawa alat snorkeling sendiri atau bagi yang lupa membawanya tidak usah bimbang kerana terdapat banyak kedai yang membuat penyewaan peralatan ini termasuk pelampung.

Bagi mereka yang enggan melakukan aktiviti snorkeling dan hanya bersenang-senang di atas bot, eloklah menyewa bot jenis transparent di mana lantainya diubah suai menggunakan kaca supaya penumpang dapat melihat terus permukaan air.

Foto: yoloutdoor

Sumber: Indonesia Kaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Eat Travel Wed, 31 Jul 2019

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Paling sedap jika dimakan dengan nasi putih panas.

Eat Travel Thu, 21 May 2020
Eat Travel Tue, 25 Dec 2018

Resipi Popiah Lapis Paling Rangup & Sedap

Boleh dimakan bersama sos cili dan air teh O panas! 

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

Patung Replika Gergasi Hello Kitty Tarikan Utama Pameran Our Sanrio Times Di Quill City Mall

2,000 boneka terdiri daripada karakter popular Sanrio dipamerkan dalam sebuah laluan merentasi masa.

Eat Travel Fri, 11 Jan 2019

Want your kids to excel in school? Take them on vacation, new survey suggests

It has a positive impact on personal development.

Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Eat Travel Wed, 20 Jun 2018

Resipi Mudah Mac & Cheese Ini Gunakan 3 Bahan Saja Tapi Hasilnya Gerenti Menyelerakan!

Cuba bayangkan anda makan mac & cheese panas-panas… fuuuh!

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020
Eat Travel Fri, 10 Aug 2018
error: Content is protected !!