Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 24, 2019 @ 11:46am

Ingin Jadi Selebriti Media Sosial, Hampir Ragut Nyawanya

Kerana ingin menjadi selebriti online dan meraih pendapatan lumayan, seorang lelaki sanggup melakukan pelbagai ‘challenge’ antaranya meminum minuman beralkohol pelbagai jenama dan cairan-cairan lain termasuk minyak masak sehingga meragut nyawa sendiri, dalam kejadian yang berlaku di China.

Lelaki berkenaan yang berusia 29 tahun kali terakhir muncul di dalam akaun media sosial menggunakan platform Liaoliao dimana dia merakam aksinya meminum minuman keras pelbagai jenama di dalam sebuah pasar raya pada 31 Disember lepas.

”Dia meninggal dunia bukan disebabkan meminum minuman keras pada hari bekenaan, tetapi disebabkan dia melakukan cabaran itu setiap hari selama tiga bulan berturut-turut,” dedah rakan baik mangsa.

”Dia minum minuman keras pelbagai jenama, setiap hari tanpa membenarkan badannya rehat walau sebentar,” katanya lagi.

Menurut rakan mangsa lagi, mangsa melakukan cabaran tersebut atas permintaan penonton-penonton di akaun sosialnya selain turut meraih pendapatan sebanyak 500 Yuan (RM 303) sehari sekiranya berjaya melakukan cabaran tersebut.

Pendapatan lumayan itu diraih hasil pemberian-pemberian yang dibuat oleh pengikut-pengikutnya di laman sosial tersebut.

”Dalam satu rakaman video, dia pernah memberitahu bahawa dia sudah tidak berdaya untuk melakukan cabaran-cabaran yang diminta, tetapi penonton tetap berkeras mahu dia melakukannya, jadi dia tidak ada pilihan,” kata rakan mangsa lagi.

Sumber: SCMP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 19 Feb 2025

Demi ‘Content Eyka Hilang’, Ammar Nazhan Didakwa Bayar RM10,000 kepada Polis & Tentera Indonesia?

Rakan dakwa Ammar Nazhan bayar individu jadi kambing hitam mengaku content palsu

Featured Fri, 3 Jun 2022
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Di Ambang Perpisahan, Isteri Edika Yusof Bangkit Uruskan Hidup Sendiri.. Kini Tinggal Bersama Anak  – “Walaupun Susah, Saya Buat Selagi Terdaya”

Isteri Edika Yusof menetap bersama anak sulung berusia 21 tahun, tetap cekal dan berusaha menguruskan dirinya sendiri

error: Content is protected !!