Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom October 16, 2018 @ 1:00pm

Ini 10 Nasihat Yang Dibenci Penghidap Kemurungan. Hati-Hati Ya!

Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya adalah lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal.

Apa yang menyedihkan ialah mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam.

Adakah anda peka jika insan tersayang atau kawan rapat mengalami kemurungan? Sehubungan itu, JANGAN GUNAKAN 10 nasihat ini jika anda berhadapan dengan penghidap kemurungan.

Foto: Human Resources Online

1. “Anda perlu bebaskan diri daripada kemurungan”

Nasihat ini hanya akan menjadikan penghidap kemurungan menjadi lebih murung. Antara perubahan yang boleh dilihat ialah mengasingkan diri, putus harapan, tiada selera makan dan masalah tidur. Jika anda perhatikan gejala-gejala ini, pastikan mereka mendapat rawatan terutamanya jika keadaan ini berlarutan lebih daripada dua minggu.

2. “Orang lain jauh lebih teruk”

Nasihat ini tidak akan membantu individu menyelesaikan masalah mereka. Individu yang murung hanya memerlukan seseorang untuk berada di sisi dan memberi sokongan. Anda tidak perlu berkata apa-apa jika itu tidak membantu mereka. Walau bagaimanapun, anda juga boleh memberitahu mereka yang mereka boleh menjadi lebih baik dan anda akan berada di sisi untuk menyokong mereka.

3. “Kehidupan adalah sukar”

Nasihat ini mungkin akan mengeruhkan lagi perasaan penghidap kemurungan, bukannya membantu mereka. Sebaliknya, anda boleh membantu mereka dengan menunjukkan perasaan empati dan bersedia untuk membantu mereka menghadapinya.

4. “Anda perlu membiasakan diri dengannya”

Nasihat ini menunjukkan mesej yang salah. Ia menguatkan lagi rasa pengasingan yang dialami oleh penghidap kemurungan. Cara terbaik untuk membantu mereka adalah dengan menghantar teks atau menghubungi mereka agar mereka tahu ada orang yang ambil berat tentang mereka.

5. “Anda terlalu sensitif”

Nasihat ini akan memperkecil penghidap kemurungan kerana mereka akan merasakan mereka tidak berguna. Pendekatan yang terbaik adalah dengan mengalihkan fikiran negatif kepada sesuatu yang bermanfaat.

6. “Hidup perlu diteruskan”

Memberitahu penghidap kemurungan yang kehidupan perlu diteruskan adalah seperti mencurah air di daun keladi. Ia akan menunjukkan yang anda tidak prihatin terhadap masalah penghidap kemurungan.

7. “Keluar dan berseronoklah”

Nasihat mencadangkan aktiviti yang menyeronokkan tidak langsung membantu, melainkan jika anda bersedia untuk menemani mereka yang kemurungan dan menggalakkan mereka untuk mencubanya dengan perlahan-lahan. Membantu dengan sokongan bermaksud berada di samping mereka atau sekurang-kurangnya menghubungi mereka bagi mengingatkan yang mereka perlu lakukan “X” hari ni dan “Y” esok.

8. “Anda seorang yang kuat dan semua akan menjadi baik-baik saja”

Ya, terdapat individu yang kuat dan dapat mengatasi kesedihan atau putus asa. Sebaliknya, penghidap kemurungan mungkin berasa bahawa hidup tidak bermakna apa-apa. Jadilah pendengar yang baik dan tenangkan individu yang mengalami kemurungan.

9. “Anda perlu mengambil ubat untuk atasi kemurungan anda”

Jangan tawarkan atau cadangkan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi tanpa berjumpa dengan doktor. Sebaik-baiknya, galak dan temani penghidap kemurungan untuk mendapatkan rawatan pakar.

10. “Anda tahu yang setiap orang mempunyai masalah tersendiri”

Implikasi apabila anda menyatakan nasihat ini ialah seolah-olah penghidap kemurungan sebenarnya telah membuat pilihan untuk menjadi sengsara dan tidak gembira. Sebaliknya, lebih baik anda cuba untuk memahami masalah mereka dan galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanakah tips untuk membantu individu yang mengalami kemurungan? Kebanyakan pakar bersetuju bahawa dengan berada di samping penghidap kemurungan dan memberi sokongan kepada mereka akan sangat membantu. Jom jadi masyarakat yang prihatin!

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

Featured Tue, 14 Apr 2020

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Pemantauan berfokus bagi kawal jangkitan

Sihat Tue, 11 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Cara Yang Betul Kalau Nak Putihkan Gigi Guna Arang

Arang bersifat kasar yang boleh mengikis permukaan gigi, sebab itulah ia berfungsi untuk memutihkan gigi.

Sihat Wed, 11 Jul 2018

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sila bersihkan alat permainan anak dengan kerap!

Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Tue, 13 Nov 2018

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Darah haid berkurang, bererti ada sesuatu yang tidak berlaku pada hormon anda!

Featured Tue, 14 Jan 2020
Featured Mon, 11 May 2020

Keracunan makanan, sakitnya lebih teruk daripada bersalin!

Ketahui beza keracunan makanan, cirit-birit

Sihat Thu, 30 Aug 2018

Adakah Ibu Bapa Anda Menunjukkan Kesukaran Untuk Menahan Kencing? Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

TENA lancarkan kempen kesedaran supaya anak-anak warga tua lebih prihatin terhadap kesihatan ibu bapa mereka.

error: Content is protected !!