Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2025 @ 11:01am

“Ini Bukan Filem Budak-Budak Je” – Penuh Dengan Aksi Fight , Ejen Ali The Movie Jauh lebih Padu!

Bila sebut filem animasi, ramai yang masih menanggap ia hanya untuk tontonan kanak-kanak.

Namun, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) muncul tepat pada masanya untuk mematahkan perspektif tersebut. Kini ditayangkan di pawagam seluruh negara, sekuel ini bukan sekadar sebuah filem animasi biasa tetapi ia adalah lambang kematangan, keberanian dan kehebatan industri animasi tempatan yang layak dibanggakan.

Menerusi maklum balas penonton awal dan ulasan warganet, EATM2 berjaya mencuri perhatian dengan jalan cerita yang sarat plot twist, fight scenes yang mendebarkan, elemen visual yang penuh dengan identiti tempatan serta tema persahabatan yang cukup menyentuh jiwa.

Jom kita semak lima sebab utama yang menjadikan EATM2 adalah filem wajib tonton untuk tahun ini.

Jalan cerita sarat dengan emosi

EATM2 bukan sekadar cerita aksi dan lawak, kerana filem ini membawa penonton menyelami sisi peribadi Ejen Ali, sahabat-sahabatnya, dan juga watak antagonis yangterdapat dalam filem ini dengan cara yang lebih mendalam.

Setiap watak digarap secara realistik, termasuklah ada konflik, emosi, dan latar belakang yang boleh kita kaitkan dengan pengalaman sendiri.

Babak-babak dramatik disusun rapi, menjadikan hubungan antara watak terasa hidup dan bermakna sekaligus menjadikan EATM2 bukan sekadar animasi tetapi sebuah bentuk naratif yang menyentuh hati.

5 tahun ‘memasak’ plot twist demi plot twist

Proses penulisan skrip EATM2 mengambil masa lebih lima tahun dek  kerana mereka mahu menyatukan kesinambungan dari siri televisyen dan filem pertama dengan sempurna.

Malah, pandemik COVID-19 memperlahankan proses produksi, namun pasukan WAU Animation tidak berputus asa sebaliknya, mereka mengisi jurang itu dengan menerbitkan Ejen Ali Musim 3 untuk memberi peluang pembangunan watak dan dunia Ejen Ali dikembangkan secara konsisten.

Penulisan skrip yang sarat dengan jiwa & jujur

Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, turut menggalas tugas sebagai penulis skrip Ejen Ali dari musim pertama lagi.

Dia mengakui yang menulis dari kosong jauh lebih mencabar daripada yang disangka.

“Pengalaman ini membuka mata saya dan saya sedar menjadi penulis sebenar bukan sekadar memberi maklum balas atau melakukan suntingan terhadap idea yang sedia ada.

“Ia memerlukan keupayaan untuk membina naratif yang berlapis, membentuk perjalanan watak yang meyakinkan dan mencipta emosi yang mampu menyentuh jiwa penonton.

“Dari situ, saya benar-benar menghargai seni penulisan sebagai tulang belakang kepada kejayaan sesebuah cerita,” katanya.

Semangat juang luar biasa, barisan produksi tidak korbankan kualiti

Walaupun menghadapi kekangan bajet dan tenaga kerja akibat pandemik, WAU Animation tidak mengorbankan kualiti.

Dari hampir 100 staf, mereka terpaksa beroperasi dengan hanya 60 orang. Namun, semangat juang pasukan ini ternyata luar biasa.

Mereka berganding bahu dengan pekerja bebas dan studio luar seperti dari Indonesia untuk memastikan EATM2 tampil dengan visual menawan, penuh warna dan aksi mendebarkan. Dan hasilnya memang next level.

Berani lawan arus industri

Ketika mula membawa Ejen Ali ke peringkat antarabangsa, ada yang kata animasi bersiri tidak sesuai untuk kanak-kanak apatha lagi ada yang berpendapat kononnya terlalu kompleks.

Sebaliknya,WAU Animation tidak tunduk pada pandangan klise tersebut dan  mereka berani tampil dengan konsep jalan cerita berlapis ala Dragon Ball atau Avatar: The Last Airbender.

Ini membuktikan penonton Malaysia (dan antarabangsa) sebenarnya mahukan kisah yang lebih dalam dan berkembang.

Dan, hasilnya EATM2 adalah kemuncak kepada perjuangan tersebut.

Filem animasi tempatan bertaraf antarabangsa

Ejen Ali The Movie 2 adalah bukti bahawa animasi tempatan mampu bersaing di pentas global. Ia bukan sahaja menampilkan visual memukau dan aksi mendebarkan, tetapi juga menyentuh emosi dengan tema kekeluargaan, persahabatan dan pengorbanan.

Filem ini bukan sekadar tontonan, ia adalah pengalaman. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan EATM2 di pawagam terdekat.

EATM2 ini sebuah filem yang mencerminkan semangat, kreativiti dan ketekunan anak tempatan dalam menghasilkan karya bertaraf dunia. Filem ini bukan saja menyentuh hati penonton dari pelbagai peringkat umur, tetapi juga mengangkat nama industri animasi tempatan ke tahap lebih tinggi. Jangan dengar cerita je, alami sendiri evolusi epik dunia Ejen Ali di layar perak sekarang.

Filem Animasi Penuh Aksi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

《MIB星际战警》外传主角是《雷神3》两大咖

经典电影《MIB星际战警》(Men in Black)确定再拍新作品,而且《雷神3》CP「雷神索尔」克里斯汉斯沃(Chris Hemsworth)、「女武神」泰莎汤普森(Tessa Thompson)再度合体担纲主角。

Trending Sat, 30 Jan 2021

Isma Sane Kongsi Pengalaman Sebenar Bercinta

Ramai yang tulis lagu berdasarkan pengalaman sendiri..

Trending Tue, 12 Jun 2018

Mohd Nasir Ahmad Dilantik Pengerusi Media Prima

“Mohd Nasir mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang kewangan, perakaunan dan pengurusan dan berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia adalah Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) United Kingdom dan Akauntan Bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Harus Tonton! Ruffedge Sanggup Crash Wedding Demi Muzik Video ‘Seperti Mereka’

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Konsert Zee Avi + NJWA Tangguh Ke 22 Jun 2019

Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.  

Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Tahniah…Vanessa Angel Bakal Bergelar Ibu!

Alhamdulillah…Tahniah Vanessa & Bibi!

Filem Wed, 11 Sep 2019

消遣娱乐变幻时!带你重回熟悉的游乐园和购物广场

让人流连忘返的,往往不是那些绚烂华丽,而是那些同欢共乐的时光。

Filem Mon, 10 Sep 2018

CJ WOW SHOP Hits 1 Millionth Customer Mark!

Congratulations CJ WOW SHOP.

error: Content is protected !!