Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 13, 2024 @ 1:10pm

“Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Penyampai radio popular, Tyzo mengakui amat terkesan apabila kontrak bersama radio Suria FM dibatalkan.

Suria mengesahkan Tyzo yang merupakan deejay di segment petang bersama Sharifah Shahirah mula tamat kontrak pada semalam (Jumaat).

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tyzo memuat naik sebuah video memaparkan momen-momen terakhirnya di konti.

Di ruangan kapsyen, Tyzo seolah-olah memberi bayangan dirinya dikhianti gara-gara memenangi penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

“Saya minta maaf ini bukan keputusan saya, saya masih mahu bekerja. Ini bukan kehendak saya.

“Ini adalah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan penyampai radio popular ABPBH 35,” katanya.

@tyzoxander

Salam semua.. Sejak kelmarin, saya masih terawang. Bagai mimpi, tak jangka, tak sangka Tuhan bagi peluang rasa, pegang Anugerah selepas lelah melawan arus😢 Banyak duka saya lalui sepanjang 25 tahun abdikan diri, try hard buat orang tersenyum, walau hati menangis. 🥺 Tak terkata jasa kalian undi, dengar dan hargai kerja dan bakat saya😔 Terlalu banyak ucapan tahniah, di whatsapp, medsos yang tak dapat saya balas satu persatu🙏 Khas untuk keluarga, adik beradik, ipar duai, anak buah, TYZO tak sangka selama ni, kalian adalah insan yang ambil berat tentang TYZO terutama selepas Mak @ Wan meninggal dunia. Support dan bangga dengan kerja TYZO. Sengkang mata jaga TYZO, 2x keluar masuk hospital, terutama Acu, Roslina adikku, Kak Rose @rosezuhairahidris , Kak Ita @bondahanita33 🙏 Tak tahu nak balas apa🥺 Cuma jasa dan kasih sayang kalian, TYZO TAKKAN LUPA SAMPAI MATI😭😭😭 Anugerah ini bukan tiket untuk saya mendongak atas, cuma mengharap yang atas memandang saya di bawah. Haru, jika maruah & harga diri saya dinilai manusia pada sebuah Trofi bukan peribadi. Sekian. ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2023 YANG KE 35, PENYAMPAI RADIO POPULAR, TOP 1💪 #djnomborsyatuuu #topone 🥰 #suriapetang #suriafm #suriamalaysia @suriamalaysia

♬ original sound – tyzo X xander – tyzo X xander

Dalam pada itu. Tyzo turut berharap tiada pihak akan memutar belitkan cerita atas perkara sebenar yang terjadi disebalik kedukaannya ini.

“Selepas ini mohon tiada pihak ‘spin cerita’, ‘olah ayat’, ‘tuduh diva’ demi menutup aib.

“Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya.

“Saya tidak reda pemergian ini. Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa. Saya tiada pilihan.

“Saya harus pergi, maafkan saya,”tulisnya lagi.

Tyzo

@tyzoxander

SAYA MINTA MAAF KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN SAYA. SAYA MASIH LAGI MAHU BEKERJA. SAYA PUNYA ANAK, TAPI INI BUKAN KEHENDAK SAYA. INILAH HARGA YANG PERLU SAYA BAYAR UNTUK SEBUAH KEMENANGAN PENYAMPAI RADIO POPULAR, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2023 #abpbh35 @beritaharian SELEPAS INI MOHON TIADA PIHAK “SPIN CERITA”, “OLAH AYAT”, “TUDUH DIVA” DEMI MENUTUP AIB. HANYA YANG PERNAH LALUI SAHAJA TAHU SAKITNYA..😭 JUTAAN MAAF KEPADA SELURUH PENDENGAR SURIA PETANG. BUAT KAK RARA @shieraijoy SAYA AKAN RINDUKAN BEKERJA DENGAN AKAK. SAYA TIDAK REDHA PEMERGIAN INI. TAPI APA DAYA SAYA, SAYA TIADA KUASA, SAYA TIADA PILIHAN. SAYA HARUS PERGI. MAAFKAN SAYA. SELAMAT TINGGAL.. SURIA @suriamalaysia 😭

♬ original sound – tyzo X xander – tyzo X xander

Sementara itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kecaman dan kritikan di ruangan Instagram penyampai radio Suria segmen malam, DJ Lin Suria Cinta atas keputusan tersebut.

Malah, ada juga netizen mendakwa terdapat konflik antara Tyzo dan DJ Lin gara-gara tidak memenangi trofi ABPBH35.

Bagaimanapun, DJ Lin tidak mengendahkan tohmahan tersebut.

Artikel Berkaitan: Populariti DJ Lin Tak Tenggelam Biarpun Gagal Pertahan Trofi Penyampai Radio Popular – “Followers Saya Makin Bertambah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Trending Mon, 3 May 2021

Wajib Ada Insurans Bagi Jemaah Umrah Kerana…

Wajib ada insurans bagi jemaah okay!

Trending Sun, 16 Dec 2018

Mayat Digital’ Dan Dihiris 27,000 Kali Untuk Ujikaji Sains

Wanita Merelakan Dirinya Dijadikan ‘Mayat Digital’ Dan Dihiris 27,000 Kali Untuk Ujikaji Sains

Contest Mon, 27 May 2019
Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

Featured Tue, 3 Dec 2024

Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

Zahnita Wilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto menunjukkan matanya yang kelihatan lebam.

Featured Tue, 16 Feb 2021
Trending Fri, 23 Feb 2018

AIR SUNGAI TERKOTOR DI DUNIA BOLEH DIMINUM DALAM MASA TUJUH TAHUN

Paras plumbum dalam sungai Citarum adalah 1,000 kali lebih tinggi berbanding standard air minuman Amerika Syarikat, sementara paras aluminium, magnesium dan besi jauh lebih tinggi berbanding paras dicadangkan.

error: Content is protected !!