Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom December 14, 2019 @ 4:18pm

Ini kebaikan suka makan pedas, salah satunya panjang umur!

Ada atau tidak antara kita yang alah kepada makanan pedas, itu bukan orang Malaysia namanya. Memang tidak dapat dinafikan, masakan pedas dapat menambah selera makan dan memberi kepuasan terhadap mereka yang menyukainya.

Kalau kita lihat sekarang ini pun, wujud pelbagai label seperti sambal pedas berapi, sambal pedas leleh, sambal giler, sambal power, sambal hitam dan bermacam lagi produk berasaskan sambal menjadi daya tarikan.

Kenyataannya kewujudan jenama atau label dagang seperti ini boleh memancing keinginan pembeli sehinggakan kafe dan restoran makanan segera juga menggunakan strategi promosi yang membentuk aliran ‘makanan’ golongan muda hari ini.

Foto: Shopee

Apalagi pengaruh K-pop dan masakan Korea yang memperkenalkan tahap kepedasan melampau, tetapi tetap menjadi kegilaan ramai.

Namun begitu, adakah makanan yang terlalu pedas itu berkhasiat atau memberi kemudaratan terhadap kesihatan?

Tiada kajian dirumuskan dalam menentukan kesan bahaya makanan pedas kepada kesihatan manusia, malah melalui kupasan Pakar Perbidanan Sakit Puan dan Kanser Wanita Pusat Perubatan Sunway, Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd Rawi, makanan pedas bercili jika diambil secara sederhana boleh memberi banyak kesan positif terhadap kesihatan.

Bahan ini mempunyai kesan anti kerengsaan dan antioksida yang boleh membantu mengurangkan kesakitan saraf seperti sakit sendi (arthritis), psoriasis serta sakit saraf diabetes.

Katanya, capsaicin (ekstrak cili atau zat kimia yang dapat menimbulkan rasa pedas) juga membantu sistem pengaliran darah, mencegah sakit jantung dengan mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan deposit lipid.

Foto: YouTube

Berikut adalah lima manfaat mengejutkan dari makanan pedas.

1. Meningkatkan metabolisme

Pelbagai kajian dilakukan mengaitkan pengambilan capsaicin, yang berupaya meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lebihan lemak sebaik menikmati makanan. 

Pengkaji nutrisi di Universiti Purdue juga menemukan, bahawa capsaicin dapat mengurangkan pengambilan makanan masin, berlemak, manis, selain dapat mengurangikan rasa ingin makan secara keseluruhan.

2. Menyehatkan jantung

Menerusi beberapa kajian yang dijalankan mendapati, masyarakat di sesetengah negara yang mengamalkan makanan pedas, mempunyai peratusan rendah dalam kes-kes yang membabitkan serangan jantung dan jarang mengalami obesiti. Patutlah orang Korea kurus dan langsing semuanya!

Kebaikan cili telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk masalah kolesterol. Kebaikan lain melancarkan perjalanan darah.

3. Membangkitkan ‘mood ‘

Makanan pedas mungkin boleh membuatkan anda ‘menangis,’ tetapi mengalirkan air mata kenikmatan! Fakta yang dihujahkan daripada kajian perubatan menapati makanan pedas dapat membangkitkan hormon bahagia yang memberi signal kepada otak, seperti serotonin yang membuatkan individu bersedia menghadapi tekanan, kecemasan, kemarahan dan stres.

4. Fungsi otak lebih baik

Flavonoid semula jadi (flavonoid adalah komposisi dalam makanan yang merupakan antioksidan penangkal radikal bebas) yang turut disebut sebagai apigenin dan biasa ditemukan pada paprika merah dapat mendorong pembentukan saraf dan menghubungkan sel-sel otak.

Pakar nutrisi di Brazil menemukan bahawa apigenin berpotensi mengubati masalah mental seperti skizofrenia, depresi, penyakit parkinson dan alzheimer. Sebuah kajian lain membuktikan flavoniod juga efektif dalam pencegahan kanser. 

5. Panjang umur

Keputusan kajian berdasarkan populasi di China pada 2015 yang disertai seramai 500,000 pengkaji, menyimpulkan penduduk yang makan makanan pedas enam hingga tujuh hari seminggu mempunyai pengurangan relatif 14 peratus risiko kematian berbanding dengan penduduk yang makan makanan pedas kurang daripada sekali seminggu.

Manakala makan makanan pedas dan panas sekali atau dua kali seminggu dapat menurunkan risiko kematian sebanyak 10 peratus. Malah masalah penyakit jantung, masalah pernafasan dan kanser semuanya lebih rendah bagi mereka yang suka mengambil makanan pedas.

Foto: Lifestyle Okezone

Apapun, pengambilan makanan pedas perlu diambil dalam kuantiti sederhana kerana apabila terlalu banyak makan pedas, segala tindak balas capsaicin ini menjadi terlalu berlebihan dalam tubuh di mana capsaicin dalam cili akan merangsang saraf yang menghantar isyarat amaran ‘haba’ yang membahayakan ke otak.

Justeru apabila mahu menikmati makanan pedas, nikmatilah secara berhemah supaya selera dapat dipenuhi, namun pada masa sama kesihatan juga perlu diawasi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Kini Dah Ada KitKat Berperisa Teh Tarik! Anda Dah Cuba?

KitKat selalu tampil dengan perisa unik dan pelik-pelik, kan?

Eat Travel Mon, 6 Aug 2018

TeddyVille Museum Imbau Kehidupan Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Pengunjung

TeddyVille Museum yang terletak di Batu Feringhi, Pulau Pinang ini tidak henti-henti dikunjungi orang ramai sejak ia dibuka.

Eat Travel Thu, 6 Dec 2018

Kubu Batu Kering, Machu Picchu Dinobat Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia

Machu Picchu telah dibina dalam gaya klasik Inca dengan dinding batu kering yang berkilat.

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

Patung Replika Gergasi Hello Kitty Tarikan Utama Pameran Our Sanrio Times Di Quill City Mall

2,000 boneka terdiri daripada karakter popular Sanrio dipamerkan dalam sebuah laluan merentasi masa.

Eat Travel Mon, 6 May 2019

McDonald’s perkenalkan 2 menu baharu untuk Ramadan, jom cuba!

Hidangannya cukup lazat dan gerenti mengenyangkan.

Eat Travel Wed, 30 Oct 2019
Eat Travel Tue, 3 Jul 2018

Jom Belajar Cara Nak Buat Kek Mentega Yang Lembut Dan Gebu Ini

Butter cake ini memang sedap dimakan seisi keluarga.

Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Mon, 20 Apr 2020
Eat Travel Tue, 29 May 2018
error: Content is protected !!