Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops April 3, 2018 @ 5:31pm

Ini Masa Paling Sesuai Untuk Beli Tiket Kapal Terbang Jika Anda Ingin Berjimat

Teringin nak travel tapi jumlah wang simpanan dalam bank tak mengizinkan? Kalau anda tahu tricknya, percutian impian anda masih boleh direalisasikan.

Foto: www.wisebread.com

Salah satu masalah ialah tambang tiket penerbangan yang mahal. Jangan risau! CheapAir.com telah membuat kajian untuk memastikan bilakah waktu terbaik dan waktu paling tak sesuai untuk membeli tiket kapal terbang. Gerenti dapat jimat.

Dengan membeli tiket di antara 169 dan 319 hari in advance sebelum berlepas, anda memang akan ada lebih banyak pilihan penerbangan, tapi tak semestinya harga tiket anda paling murah. Anda mungkin terpaksa bayar US$50 lebih dari harga tiket biasa.

Pembelian tiket di antara 122 dan 168 hari in advance juga menawarkan banyak pilihan, tapi anda juga perlu bayar US$20 lebih.

Di antara 21 ke 121 hari sebelum penerbangan anda (atau 3 ke 17 minggu in advance) ialah masa yang paling sesuai untuk membeli tiket. Tambangnya mungkin berada dalam lingkungan 5% daripada harga terendah ketika ini.

Anda memang mencari nahas jika anda beli tiket di antara 14 ke 20 hari sebelum penerbangan. Tambang akan mula naik 2 ke 3 minggu sebelum mana-mana penerbangan. Jangan sesekali cuba pada musim cuti ya!

Membeli tiket dari 7 ke 13 hari sebelum penerbangan lagi membahayakan. Anda bukan saja perlu bayar US$35 lebih daripada orang lain yang telah membeli tiket mereka lebih awal, tapi anda juga gerenti takkan dapat apa-apa promosi.

Waktu paling teruk untuk beli tiket ialah dari hari penerbangan ke 6 hari sebelumnya. Harga tiket pada waktu ini semestinya paling mahal. Besar kemungkinan anda perlu membayar US$208 lebih dari harga yang anda boleh dapat jika anda membeli tiket antara 21 ke 121 hari sebelum penerbangan.

Selain itu, ada hari-hari tertentu di mana tiket yang ditawarkan berharga lebih murah daripada hari lain. Pada tahun ini, penerbangan pada hari Rabu selalunya paling murah, diikuti oleh hari Selasa. Penerbangan pada hari Ahad ialah termahal, dan anda akan perlu bayar US$76 lebih mahal dari harga tiket penerbangan hari Rabu.

Foto: www.nycaviation.com

Jadi ikuti tips-tips ini supaya anda boleh berjimat ketika membeli tiket kapal terbang. Selamat mencuba!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Sun, 12 Oct 2025

Kekal Bergaya! 20 Tahun Dalam Dunia Fesyen, Rizman Ruzaini ‘Takluk’ KLCC

Butik flagship RR by Rizman Ruzaini dibuka di Suria KLCC.

Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Tak perlu susah-susah dapatkan rawatan teeth bleaching, hanya elak atau kurangkan makanan ini.

Featured Tue, 18 Sep 2018

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Adakah anda ketagih kafein?

Featured Sat, 1 Dec 2018
Featured Fri, 5 Jun 2020
Featured Fri, 17 Apr 2020

Cara memaksimumkan konsep bekerja dari rumah

Kenal pasti perkara perlu diberi keutamaan

Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!

Gaya Hidup Sat, 29 Dec 2018

Todak Fest 2019 Amal Keterbukaan Dalam Penyertaan, Tidak Diskriminasi Peserta Wanita

Todak Cup Mobile Legends Championship menawarkan hadiah berupa wang tunai RM100,000. Wow!

Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

error: Content is protected !!