Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin November 13, 2018 @ 12:00pm

Ini Resepi Oreo Sponge Cake Yang Lembut, Sedap & Mudah Disediakan

Kadang-kadang lepas makan nasi, kita pasti rasa nak makan sesuatu yang manis. Tidak kiralah coklat, kek, buah-buahan dan sebagainya. Rasa tak lengkap kalau tak makan pemanis mulut. Itu yang biasa penulis rasakan tiap kali selepas makan. Anda pula?

Tapi, tidaklah sampai setiap hari rasa nak makan pemanis mulut, sesekali hanya jika tekak rasa teringin saja. Haha! Jadi, bagi anda yang mengalami situasi yang sama macam penulis, mungkin anda boleh membuat kek di rumah untuk dijadikan hidangan ‘pemanis’ selepas makan. Penulis pun nanti nak cuba resipi ini!

Kali ini, penulis nak kongsikan mengenai resipi Oreo Sponge Cake yang sangat mudah untuk disediakan. Jom lihat resipi video daripada channel Youtube Buat Orang Lapo ini.

Bahan-bahan

Meringue

  • 5 biji putih telur
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar atau 1 sudu kecil jus lemon
  • 80 gram gula

Kek

  • 5 biji telur kuning
  • 40 gram gula
  • 40 ml minyak jagung
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 100 gram tepung naik sendiri
  • 50 gram Oreo yang dikisar (tanpa krim)

Cara membuatnya

Meringue

1. Masukkan putih telur dan cream of tartar di dalam mangkuk  dan pukul menggunakan mixer.

2. Putar menggunakan tahap kelajuan yang tinggi sambil masukkan gula. Putar sehingga adunan kembang dan berwarna putih.

3. Ketepikan.

Kek

1. Masukkan telur kuning, gula, minyak jagung, susu segar dan esen vanila ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan pemukul adunan.

2. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri dan kacau sehingga sebati. 

3. Campurkan adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.

5. Masukkan Oreo yang telah dikisar kasar dan kacau sehingga sebati.

6. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam loyang dan gunakan teknik water bath dan bakar selama 50 minit.

7. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 3 Aug 2018

Resipi Mudah Ayam Percik Lazat. Memang Merecik!

Rasa ayam percik ini memang merecik!

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020

Video resipi masak lemak cili padi ketam ‘cium leher’ Elly Mazlein

Alahai ‘sweetnya’ suami Kak Lina Pom Pom

Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Restoran Pertama Yang Bertemakan ‘My Neighbour Totoro’ Telah Dibuka Di Thailand!

Peminat filem Studio Ghibli, jangan lepaskan peluang ini!

Eat Travel Fri, 13 Jul 2018
Eat Travel Mon, 17 Feb 2020
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018
Eat Travel Mon, 13 Jan 2020
Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Aunty Aini’s Garden Cafe ini pernah dikunjungi Cef terkenal Gordon Ramsay dan mendiang Anthony Bourdain. Hebat!

error: Content is protected !!