Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops September 17, 2018 @ 4:00pm

Ini Sebabnya Kita Perlu Elakkan Daripada Guna Produk Bayi Yang Mengandungi Paraben

Sebagai ibu bapa, kita memang patut prihatin terhadap makanan atau minuman yang kita berikan kepada anak kecil kita.

Tapi adakah kita berikan perhatian yang sama kepada produk-produk yang kita pakai untuknya? Kesihatan luaran pun penting, ya!

Kulit bayi tersangatlah sensitif; ia lebih nipis dan lebih terdedah kepada kesakitan daripada kulit orang dewasa. Jadi penjagaan rapi adalah penting sejak dia kecil lagi.

Inilah sebabnya kita pilih produk yang selamat untuk bayi, tapi pernah anda tanya diri sendiri sejauh manakah ia selamat digunakan?

Tanpa kita sedari, kita mungkin mendedahkan bayi kita kepada bahan kimia dari usia muda. Tahukah anda yang kebanyakan produk bayi yang komersial mengandungi paraben?

Apa itu paraben?

Menurut US Food And Drug Administration (FDA), “Paraben adalah bahan kimia yang bersalingkait yang sering digunakan sebagai bahan pengawet dalam produk kosmetik.”

Ia berfungsi untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dan kulat yang merbahaya. Ia melindungi kedua-dua produk serta penggunanya.

Jenis-jenis paraben yang paling sering digunakan dalam kosmetik adalah methylparaben, propylparaben, butylparaben, and ethylparaben.

Selalunya ia digabungkan dengan jenis pengawet lain untuk melindungi produk tersebut daripada mikroorganisme dengan lebih baik.

Paling kerap, paraben boleh dijumpai dalam krim pelembap, syampu dan krim perapi rambut, serta banyak jenis produk makeup.

Foto: theAsianparent

Adakah paraben tidak baik untuk anda dan bayi?

Bahan kimia ini telah digunakan sebagai pengawet sejak 80 tahun lalu. Tapi dari masa ke masa pakar kesihatan telah membuka mata kita tentang risiko yang datang dengan penggunaan paraben.

Yang merisaukan tentang paraben ini adalah ia menyerupai hormon estrogen dalam badan kita. Ia mengganggu bahan kimia dalam sistem endokrin yang kemudiannya diserap ke dalam peraliran darah.

Akhirnya ia menjejaskan fungsi semula jadi badan kita dan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan.

Kepentingan produk penjagaan kulit anak kecil yang selamat dan bebas toksik

Bayi dan kanak-kanak adalah paling mudah untuk terdedah kepada kesan bahaya daripada bahan kimia. Di usia muda itu, kesemua sistem fizikal mereka masih tengah membesar. Jika sistem endokrin mereka diganggu oleh pendedahan kepada paraben, ia memang boleh membahayakan tumbesaran mereka.

Jadi pilihlah produk terbaik untuk anak anda. Kaji dulu bahan-bahan yang terkandung sebelum beli, dan selalu ketahui ramuan yang paling sesuai dan selamat untuk anak anda.

Foto: StyleCraze

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

familuv Thu, 20 Sep 2018

Victoria Beckham Kongsi Rahsianya Tentang Membesarkan Anak-Anak Yang Sopan

Keluarga Beckham selalu nampak bahagia. Apakah rahsia mereka?

familuv Wed, 20 Nov 2019

Ini cara tetapkan Netflix supaya selamat ditonton oleh si kecil

Lindungi anak daripada kandungan yang tidak sesuai untuknya.

familuv Mon, 14 May 2018

Macam Ini Rupanya Nak Buat Bayi Aktif Dalam Perut. No.2 Paling Berkesan!

Bayi kurang aktif dalam kandungan? Anda boleh lakukan 3 cara ini.

familuv Fri, 10 Apr 2020

Manipulasi warna makanan untuk anak yang tidak gemar makan

Helah berbeza tarik kehendak anak makan

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

familuv Fri, 3 Apr 2020
familuv Fri, 25 Jan 2019

10 sebab kenapa lelaki terjerat dengan cinta seorang janda! Panas! 

Pengalaman lalu menjadikan janda lebih matang dalam perhubungan

familuv Mon, 15 Oct 2018

4 Tanda Sakit Anak Yang Anda Tak Boleh Hiraukan Demi Kesihatannya

Ia mungkin petanda untuk sesuatu penyakit yang lebih serius.

familuv Wed, 8 Apr 2020
error: Content is protected !!