Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops April 3, 2019 @ 4:00pm

Inilah warna yang akan membuatkan persalinan anda tampak mahal!

Jika anda kekurangan bajet tetapi inginkan penampilan yang tampak mewah, cara paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan memilih warna neutral.

Rona versatil seperti hitam, coklat, putih dan beige pasti mampu memberikan ilusi formal dan kemas.

Walau bagaimanapun, susah juga jika anda individu yang gemar menambahkan warna terang ke dalam rupa keseluruhan penampilan anda.

Tidak mengapa! Nasib baik ada  warna yang bukan sahaja tampak mahal tetapi boleh menyuntik elemen ceria terhadap persalinan anda, iaitu ungu cair.

Foto: Footwear News

Sejak beberapa musim lepas, rona ungu mula diminati setelah Balenciaga mengeluarkan rangkaian produk dalam warna yang sama.

Tetapi pada musim bunga sekarang, rona yang menjadi trend ialah ungu cair. Golongan instafamous dan editor majalah fesyen menggayakan pakaian dengan warna ini ketika menghadiri acara minggu fesyen baru-baru ini.

Jenama pakaian dan aksesori di seluruh dunia juga ada menghasilkan produk dengan warna ini, selari dengan popularitinya.

Walaupun begitu, ternyata ada ramai orang yang tidak pun memiliki sebarang item pakaian yang berwarna ungu. Ada juga orang yang tidak tahu cara untuk memadankannya dengan warna lain.

Bagi anda yang tidak begitu pasti, ambil inspirasi daripada panduan fesyen di bawah ini dan lihat contoh item pakaian ungu cair yang cantik untuk dipakai.

Foto: Shutterstock

Foto: Zara

Foto: Eloquii

Foto: The Style Stalker

Foto: Farrow

Foto: Madewell

Foto: J.Crew

Foto: Free People

Foto: H&M

Foto: Mango

Foto: Topshop

Sumber: WhoWhatWear

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Nov 2018

Pelukis Ini Buat Inovasi Bola Menjadi Beg Silang Yang Nampak Trendy!

Harga sebiji beg bola ini bernilai $960 (RM4024.80).

Featured Tue, 5 Nov 2019
Featured Thu, 2 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 14 Oct 2019

Glow Doe dUCk Cosmetics bantu serlah solekan

Didatangkan dalam 3 pilihan warna

Featured Thu, 9 Apr 2020
Oh Lawa Sat, 4 Aug 2018

Meski Duit Berkepok Pun Belum Tentu Boleh Masuk. Ini 5 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

Lima Blbutik ini bukan saja dikatakan paling mahal di dunia bahkan memilih siapa tetamu mereka yang dibenarkan masuk .

Featured Tue, 27 Nov 2018
Oh Lawa Sun, 3 Jun 2018

Muka Anda Pucat Ketika Berpuasa? Cuba Teknik Solekan Ini Untuk Tampak Fresh!

Jangan biarkan muka anda pucat ketika berpuasa. Gunakan teknik solekan ini.

error: Content is protected !!