Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 19, 2023 @ 1:55pm

Insiden Disepak Ketika Water Rafting, Riena Diana Kesal Pengusaha Jadikan ‘Content’ Di Media Sosial – “Mana Adab & ‘Common Sense’ Untuk Minta Maaf?”

Pelakon Riena Diana meluahkan rasa kesal apabila video insiden mukanya disepak ketika melakukan aktiviti water rafting dimuat naik di media sosial dan dijadikan ‘content’, baru-baru ini.

Menurut Riena, insiden tersebut terjadi kerana disengajakan sehingga dijadikan bahan jenaka di media sosial milik pengusaha sukan lasak tersebut sehingga tular.

“Apa yang saya muat naik di sosial media adalah persetujuan saya sendiri, cuma bila ada pihak lain yang muat naik dan gunakan saya sebagai ‘content’, mereka perlu minta kebenaran saya dahulu.

“Perkara itu terjadi dengan disengajakan. Bila kami main water rafting itu semua dalam keadaan bersedia, dah diajar. Bila lihat video itu, guide yang berada di hadapan dan belakang juga bersedia dan mereka tahu akan melanggar batu tapi kami tidak tahu.

“Jadi perkara itu disengajakan, sebab itu saya marah, kenapa sengaja nak tengok saya begitu, ibarat ia gurau bodoh. Biarlah matang sikit untuk buat ‘content’,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Riena memaklumkan pelakon Syazuwan Hassan juga telah memohon maaf padanya ketika kejadian berlaku. Namun mempersoalkan bagaimana pengusaha sukan lasak berkenaan tiada empati dengan insiden tersebut.

“Saya juga tak marah Syazuwan pun, ketika kejadian pun dia ada minta maaf pada saya dan saya cakap tidak mengapa, bukan salah dia. Perkara ini juga disengajakan.

“Bayangkan kaki Syazuwan tersepak di muka saya, dan sakit sangat. Macam mana dia (pengusaha) boleh buat kelakar ketika saya sedang sakit? Mereka juga tak minta maaf. Semua orang terkejut.

“Dia hanya boleh gelak, dan dia cakap ‘tidak mengapa…ini untuk content’. Mana adab, akal fikiran yang Allah beri?. Mana ‘common sense’ awak untuk minta maaf pada saya?

“Mereka tidak ada kata maaf, dan mereka sendiri cakap nak jadikan perkara itu sebagai ‘content’, dan muat naik dalam media sosial mereka. Untuk apa sebenarnya?,” soal Riena.

Namun, pihak pengusaha tersebut telah menghantar kiriman ringkas dengan memohon maaf dan memaklumkan video tersebut telah pun dipadam di akaun media sosial mereka.

“Mereka mesej minta maaf dengan hanya tulis ‘sorry, dah delete’.

“Tak kisahlah you pemilik syarikat besar atau kecil, adab itu sangat penting.

“Sememangnya saya tak okay dengan itu, tapi saya nak ‘move on’ kerana benda ini terlalu remeh untuk diperbesarkan. Cuma saya rasa tak perlu ada sikap buli ini.

“Selepas saya post perkara itu, ramai yang DM saya yang mengatakan turut dapat pengalaman yang sama dengan saya,” kongsi Riena.

Kata Riena, dia tidak berfikir untuk mengambil tidakan saman kerana tidak mahu menjejaskan perusahaan sukan lasak tersebut. Malah mengakui trauma atas kejadian tersebut.

Terdahulu, tular rakaman video yang dimuat naik pengusaha sukan lasak tersebut dengan memaparkan Riena dan beberapa kenalan selebriti lain melakukan aktiviti water rafting.

Namun tiba-tiba bot dinaiki mereka terlanggar batu dan kaki pelakon Syazuwan Hassan tersepak ke muka Riena tanpa sengaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Nov 2025

Beraksi Dalam Teater Muzikal Alumni ASWARA, Asmidar Hidupkan Naskhah ‘Paduka Cik Siti’

Pementasan arahan Kamarulzaman Taib atau Che Kem ini membawa penonton menyelusuri perjalanan epik Paduka Cik Siti Wan Kembang.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Apa Pula Sajat Buat Kali Ni?

Wow! kalau nak tahu, dalam episod kali ini juga, Sajat turut meniru gaya-gaya photoshoot Penyanyi kumpulan wanita paling popular di Korea iaitu Girl Generation tau! 

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Tembam Dan Bertudung Bukan Halangan Jadi Ratu Cantik England!

Walupun kurang yakin dengan bentuk fizikal berisi dan berhijab, Maria Mahmood nekad menghantar penyertaan selepas dimaklumkan pihak penganjur bahawa peringkat tersebut tiada pusingan memakai pakaian renang dan halangan saiz badan.

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Tolonglah Henti Label Orang Gemuk ‘Power’ Ke Tak, Ini Pesan Abam Buat Netizen!

Orang ‘power’ pun jika Allah tak izinkan, buatlah cara macam mana sekalipun tak dapat juga.

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Julia Farhana Akui Nervous Bersama Erwin Dawson?

Sama seperti kekasihnya, Julia tidak pernah menolak dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya

Events Wed, 11 Jul 2018

Anda Peminat K-Pop? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Barangan Eksklusif Daripada Wanna One Hanya Di Cj Wow Shop

Buat pelanggan mahupun peminat Wanna One yang membeli barangan eksklusif ini, anda juga layak menerima hadiah misteri daripada kumpulan popular mereka.

Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

error: Content is protected !!