Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 2, 2023 @ 3:07pm

Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

Pelakon, Azhan Rani tampil memberi respons selepas nama terpalit atas insiden yang berlaku kepada aktres berkaliber, Fasha Sandha semasa penggambaran drama Anak Tuan.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Azhan berkata kemalangan yang terjadi itu adalah suratan dan sememangnya tidak dijangka.

“Phone aku pun banjir dengan sahabat sparing partner untuk telemovie #anaktuan yang semalam mengalami kemalangan waktu penggambaran.

“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi,” jelasnya.

Jelasnya, pihak produksi dan krew drama terbitan TV3 telah berusaha untuk memastikan sebarang insiden tidak diingini untuk berlaku, namun perkara yang terjadi dianggap ketentuan Illahi.

Tambah pelakon popular dengan watak Ustaz Mahadi dalam drama Nur ini, dia dan Fasha telahpun membuat latihan khusus untuk babak ekstreme tersebut sebelum mula penggambaran.

“Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Rehearsal sudah dilakukan.

“Aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan… siapa yang tak luluh dan patah hati menghadap keadaan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di kesempatan itu, Azhan turut memuji kesungguhan Fasha yang amat komited terhadap kerjayanya itu.

Malah, Fasha terlebih dahulu dengan rendah diri telah memohon maaf kepadanya dan pihak produksi atas kemalangan tersebut.

“Apapun yang penting sekarang adalah doa dan rawatan terbaik untuk Fasha. Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia sangat komited dan aku tahu dia sayang gila dengan watak Ana dalam cerita ni.

”Dia jatuh terkena bucu katil.. dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting. Semalam masa di hospital dalam phone dia minta aku stay jangan balik KL dulu sebab kononnya nak sambung shooting hari ini.

Ujar Azhan lagi, dia turut memohon orang ramai memberikan ruang kepada Fasha untuk segera sembuh seperti sedia kala demi mengikut nasihat doktor.

“Buat semua Insya-Allah Fasha sedang berehat. Saya dapat juga berhubung dengan beliau tadi di WhatsApp. Harap berikan ruang untuk dia dulu.

“Doktor nasihat jangan expose dengan cahaya. Jadi berilah dia ruang rehat secukupnya. Nanti asyik kena tengok phone mata dia tak dapat nak rest pula.

“Semoga Allah permudahkan. Terima kasih atas doa semua untuk beliau. Aku cuma nak tengok dia sihat macam dulu… Insya-Allah dia kuat,” tambahnya.

Pada pagi ini, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan di mata kiri akibat terhantuk di bucu katil selepas melakukan babak dibantai oleh Azhan Rani.

Artikel Berkaitan: Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital

Artikel Berkaitan: Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

Uish sampai macam tu sekali terbawa-bawa.. Bukan senang jadi pelakon ni kan

Selebriti Fri, 15 Mar 2024
Featured Wed, 30 Oct 2019
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Featured Thu, 3 Jul 2025

Ajai Mohon Maaf Isu Konsert 4U2C – “Saya Harap Perkara Ini Dapat Diselesaikan Cara Baik”

Ajai tampil memberikan respons susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal.

Featured Sat, 11 Nov 2023

“Tak Sanggup Tengok Isteri Saya, Ada Pembantu Pun Tak Cukup” – Jamal Abdillah Tak Rancang Tambah Zuriat Lagi

Betul juga tu kita yang tengok ni pun susah ek nak jaga anak yang masih kecik-kecil..

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
error: Content is protected !!