Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 19, 2019 @ 4:45pm

Introvert, extrovert dan ambivert, yang mana satukah anda?

Kita sering mendengar istilah introvert, extrovert dan ambivert iaitu terma mengkhusus kepada personaliti seseorang, namun berapa ramai yang tahu akan maksud introvert, extrovert dan ambivert ini. Disini Hijab & Heels ingin membahas pengertian introvert, extrovert dan ambivert, lengkap dengan ciri-cirinya.

Istilah ini dipopularkan oleh pakar psikolog terkenal dari Switzerland iaitu Carl Gustav Jung. Carl menjelaskan, analisa psikologi dilakukan dengan meneliti sifat individual sejumlah individu untuk melihat perbezaan karakter introvert, extrovert dan ambivert.

Pada dasarnya setiap individu memiliki sisi introvert dan extrovert, tinggal lagi yang mana satukah lebih dominan untuk digambarkan sebagai identiti seseorang.

Selain introvert dan extrovert, terdapat satu lagi personaliti iaitu ambivert yang memiliki gabungan kedua-dua ciri tadi.

Apakah itu introvert

Introvert adalah sikap atau karakter seseorang yang memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya.

Keperibadian introvert cenderung menyukai kondisi yang tenang, suka menyendiri, biasa terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka memiliki kecenderungan untuk menjauhi interaksi kelompok baru.

Individu dengan personaliti introvert sangat senang untuk melakukan aktiviti secara bepasangan dan antara kegiatan yang memenuhi minat mereka adalah seperti menulis, membaca, analisis komputer, menonton filem dan memancing.

Kebanyakan seniman, komposer lagu, penulis novel atau pereke bentuk memiliki keperibadian introvert. Mereka lebih menyukai menikmati waktu yang dihabiskan sendirian kerana keadaan sebegitu lebih membuatkan mereka selesa.

Selain itu, introvert juga memiliki kemampuan yang sangat baik dalam melakukan analisis hal-hal yang rumit. Mereka lebih mudah memberi tumpuan dan menemukan punca masalah.

Introvert

Ciri-ciri khas introvert

1. Pendiam dan suka menyendiri

2. Tidak menyukai perbualan kosong

3. Alergi bunyi telefon

4. Tidak gemar membalas mesej

5. Berasa rimas ketika berada di majlis-majlis

6. Selesa dikelilingi kawan rapat atau jumlah sedikit orang sahaja

7. Suka memerhati keadaan sekeliling dengan cermat

8. Gemar menulis 

9. Pandai membaca karakter orang

10. Berfikir sebelum berbicara

Apakah itu extrovert?

Sifat extrovert adalah berlawanan dengan introvert. Jika introvert lebih senang menyendiri, extrovert pula lebih menyukai lingkungan yang interaktif.

Mereka bukan sahaja bersemangat tetapi juga cukup berskil dalam pergaulan dan suka mencuba perkara baharu. Ini kerana seorang extrovert secara luaran mempunyai personaliti yang kuat dan menyenangkan selain pandai membawa diri ketika berhadapan dengan khalayak.

Bagi mereka, aktiviti sosial, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi informasi dengan orang ramai dan membuat kawan baharu adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Golongan ini mudah merasakan bosan sekiranya bersendirian. Ciri khas extrovert, suka mendominasi perbualan, menjadi perancang majlis dan mengetuai sesuatu kumpulan.

Seorang extrovert cenderung menjadi lebih bersemangat untuk melakukan banyak hal jika mereka berada di lingkungan yang interaktif. Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana.

Mereka yang extrovert biasanya mudah menyesuaikan diri dan bekerja sama dengan baik dalam sebuah komuniti atau organisasi sosial.

Seorang extrovert akan terlihat lebih energik dan memiliki karakteristik yang lebih terbuka. Seorang Extrovert juga memiliki kelebihan dalam berinteraksi yang terkesan cenderung impulsif atau mudah mesra.

Oleh kerana itu, orang-orang extrovert menyukai aktiviti spontan dan lebih mudah melakukan interaksi dengan dunia luar.

Extrovet

Ciri-ciri khas extrovert

1. Selalu berkeyakinan dan semangat

2. Pandai berinteraksi dan bersosial

3. Pandai membawa diri dan disenangi dalam pergaulan

4. Cenderung spontan dalam bertindak / berbicara

5. Pandai menghangatkan suasana yang bosan

6. Suka dikenali dan menjadi perhatian ramai

7. Senang jadi pembicara daripada pendengar

8. Extrovert tahu akan kelebihan dan kemampuannya

9. Energetik dan adakalanya tegas

10. Suka bekerja dengan orang ramai

Apakah itu Ambivert?

Ambivert, adalah ciri keperibadian kombinasi antara introvert dan extrovert. Umumnya seorang ambivert lebih cenderung mendominasi daripada kelemahan introvert dan extrovert. Namun seiring bertambahnya usia dan semakin luas pengalamannya seorang ambivert mampu mengendalikan potensi dan kelebihan yang ada pada diri mereka.

Ini adalah sesuatu hal yang biasa sebenarnya kepada sesiapa pun. Pengalaman itu adalah sebuah proses yang mematangkan.

Ambivert mempunyai kualiti si ekstrovert. Tapi juga memiliki ciri-ciri introvert. Kadang-kadang dia menjadi si ekstrovert yang senang sosialisasi dan pada ketika lain pula menjadi si introvert yang suka dengan privasi.

Ambivert

Ciri-ciri khas seseorang ambivert

1. Suka berada di khalayak ramai

2. Resah bila terlalu lama menyendiri

3. Keperibadian berubah bergantung lawan bicara

4. Ada masanya suka perbualan yang mendalam dan spesifik

5. Tidak selalunya pendiam

6. Selalu memikirkan soal kerja.

7. Pandai menyesuaikan diri

8. Boleh melaksanakan sesuatu tugasan secara kelompok mahupun individu

9. Ambivert adalah seorang yang berpotensi sebagai pemimpin.

10. Tinggi sifat belas kasihan

 

Foto: NSTP/MUHAMMAD MUCTAR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

Lihatlah Gambar Majlis Perkahwinan Wanita Dari Keluarga Terkaya Di India, Mewah & Meriah!

Tetamunya terdiri daripada golongan artis Bollywood, Beyoncé dan juga Hilary Clinton!

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu. Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini […]

Featured Wed, 6 May 2020
Gaya Hidup Sun, 11 Oct 2020

Buat Kaki Game Semua… ESPN Tawar RM1 Juta Untuk Pertandingan E-Sport… Wah, Menariknya!

Demi untuk mencari pasukan terbaik dalam permainan popular Mobile Legends, Call Of Duty Mobile dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), syarikat integrasi sistem blockchain permainan dalam talian (e-sport), ESPN Global Malaysia menawarkan hadiah bernilai RM1 juta. Menurut […]

Featured Fri, 26 Oct 2018

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

National Geographic menamakan lima negara didiami penduduk paling gembira!

Featured Wed, 22 Feb 2023

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Wahh tahniah! PU Riz pun dah ikut jejak isteri buat bisnes

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Confirm Ke Pinggang Ramping? Ahli Fisioterapi Ini Kongsi Korset Buat Otot Bertukar Jadi Lemak Jika…

Namun, benarkah pemakaian korset ini membantu mendapatkan postur badan yang anda dambakan atau sebaliknya?

Events Wed, 22 Jun 2022

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Alahai… harga barang makin naik, kerja tak mengira masa, KWSP punya dividen pun makin rendah???

Featured Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok. @dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah […]

error: Content is protected !!