Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Putri September 19, 2018 @ 12:21pm

Jimat RM 200, DIY ‘Repair’ Mesin Basuh Dengan Mudah. Sejam Dah Siap!

Bila mesin basuh atau apa sahaja peralatan di dalam rumah yang mengalami kerosakan, mesti serabut pula nak hantar ke kedai. Bukan itu saja, kos ‘repair’ pun mahal juga ikut kepada harga pasaran pembaikan barangan elektrik sekarang. Jadi, cara paling jimat untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memperbaiki secara DIY. Tapi, tak pandai nak buat sendiri macam mana? Haa, jom kita ikut cara dan panduan dari saudara ini, mesti menjadi dan jimat la sikit!

Home

PENGALAMAN ‘REPAIR’ MESIN BASUH SENDIRI

Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak. Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.

AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!

1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah.

 

www.facebook.com/mazuan.lin

 

2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.

3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.

4. Buka skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.

5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.

6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Check la dulu korang punya kot ada skru.

7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.

www.facebook.com/mazuan.lin

8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja. Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.

9. Hos air jangan lupa sambung pulak.

10. Wallaa! Lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.

 
Sumber : siraplimau.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

Tampilkan Zul Huzaimy Sebagai Hero, Daddyku Gangster Angkat Kisah Samseng Jaga 2 Kanak-Kanak

Boleh dikatakan nashkah yang mengangkat kisah tentang gangsterism sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan. Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam. Penerbit filem Daddyku […]

Trending Mon, 7 Feb 2022

Lebih 2 Tahun Tak Balik Indonesia, Tya Arifin Terkejut Anak Perempuan Tak Kenal Datuk & Nenek

Selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan orang tua, pelakon dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang, Indonesia tercapai. Menurut pelantun lagu Bagaikan Mutiara itu, […]

Trending Sun, 21 Nov 2021

Beberapa Kali Tangguh Nikah, Puteri Aishah Akhirnya Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Pelakon Puteri Aishah, 27, selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota jam 11.15 pagi tadi. Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan […]

Trending Wed, 21 Oct 2020

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB

Ini mungkin berguna untuk korang!

Trending Fri, 18 Dec 2020
Featured Tue, 7 Nov 2023
Drama Mon, 17 Mar 2025
Trending Thu, 11 Jun 2020
Hiburan Thu, 11 Dec 2025
error: Content is protected !!