Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 30, 2019 @ 11:00am

Jom belajar buat ‘stuffed-crust pizza’ bersama anak, caranya mudah sangat!

Nikmatnya jika kita disajikan dengan piza! Penggemar keju pasti terliur apabila memikirkan mengenai hidangan yang berasal dari Itali ini.

Sejak dahulu lagi, pelbagai pengubahsuaian dan penambahbaikan telah dilakukan. Daripada piza keju kosong yang biasa, kita kini disajikan dengan piza yang dihiasi dengan bermacam-macam ramuan sebagai topping.

Salah satu inovasi menarik yang pernah berlaku kepada piza ialah apabila kerak diameternya “diisi” dengan keju. Di dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘Stuffed-crust Pizza”.

Selalunya bahagian kerak tepi piza tidak digemari sangat. Sesetengah orang tidak makan langsung bahagian itu. Tetapi dengan adanya inti keju yang enak di dalamnya, gerenti pinggan mereka licin!

Sebenarnya mudah sahaja untuk buat piza jenis ini. Jika di kedai, harganya mungkin sedikit mahal, jadi apa kata anda cuba buat sendiri?

Di bawah ini ada satu resipi mudah yang dikongsikan oleh Tasty yang anda boleh ikuti. Oleh sebab ia terlalu mudah, anda boleh mengajak anak anda untuk tolong di dapur.

Mudah-mudahan, dia dapat belajar dan biasakan diri dengan aktiviti memasak. Lambat-laun, insya-Allah dia akan terus berminat dan rajin membantu anda menyiapkan sajian seharian.

Jom tonton tutorial di bawah ini.

Bahan

  • 1 cawan air suam
  • 7 gram yis kering aktif
  • ½ sudu kecil gula
  • 2 ½ cawan tepung serba guna
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 8 atau 9 batang string cheese
  • Sos piza, mengikut citarasa
  • Keju mozzarella, dihiris, mengikut citarasa
  • Ramuan topping, mengikut citarasa
  • ¼ cawan mentega, dicairkan
  • 1 sudu besar garam bawang putih (garlic salt)

Nota: Tutorial ini menggunakan ramuan topping daun basil dan kepingan peperoni.

Cara penyediaan

  • Panaskan ketuhar ke suhu 220°C.
  • Campurkan air dengan gula dan yis di dalam sebuah mangkuk besar. Kacau hingga sebati dan kemudian biarkan ia kembang selama 5 ke 10 minit.
  • Tambahkan tepung, garam (biasa) dan minyak zaitun dan kacau lagi hingga ia membentuk doh. Tutup mangkuk dengan kain dan biarkan selama 30 minit.
  • Taburkan tepung di atas kertas minyak dan pindahkan doh ke atasnya. Lenyek hingga ia membentuk bulatan untuk kerak piza anda.
  • Letakkan string cheese di sepanjang diameternya. Lipatkan bahagian hujungnya hingga menutupi keju berkenaan. Pastikan ia tertutup rapi supaya keju tidak cair dan meleleh keluar.
  • Sapukan kerak dengan sos piza, keju mozzarella dan topping yang anda sukai. Sapukan pula mentega cair pada bahagian tepi kerak dan taburkan garam bawang putih di atasnya.
  • Bakar selama 15 ke 20 minit, hingga kerak bertukar warna perang keemasan. Makan!

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Restoran Ini Perkenalkan Menu Burger Yang Disaluti Kentang Putar & Keju, Gerenti Terliur!

Berasal dari Perancis, hidangan seperti ini dinamakan Aligot Burger.

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

India Telah Bangunkan Patung Statue Tertinggi Di Dunia, Iaitu Dengan Ketinggian 182 Meter!

Katanya ia dua kali lebih tinggi daripada Statue Of Liberty.

Eat Travel Tue, 5 Feb 2019

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Mari bergembira di taman tema ini bersama keluarga atau rakan.

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Tue, 8 May 2018

Nak Travel Tapi Takut Turbulence Ketika Menaiki Kapal Terbang? Ikuti Tip Ini Untuk Mengatasinya

Nak melancong ke luar negara akan rasa tak syok kalau anda ada fobia naik kapal terbang.

Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
Eat Travel Fri, 20 Jul 2018
Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

Patung Replika Gergasi Hello Kitty Tarikan Utama Pameran Our Sanrio Times Di Quill City Mall

2,000 boneka terdiri daripada karakter popular Sanrio dipamerkan dalam sebuah laluan merentasi masa.

error: Content is protected !!