Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 1, 2018 @ 5:00pm

Restoran Ini Perkenalkan Menu Burger Yang Disaluti Kentang Putar & Keju, Gerenti Terliur!

Yasss! Peminat cheese sekalian, ada berita baik untuk anda! Anda pernah tak dengar nama restoran Burger Bakar Abang Burn?

Ia terkenal dengan hidangan burger keju yang besar dan penuh dengan cheese. Tahun lepas, ia memperkenalkan menu Cheeseburger Raclette yang merangkumi burger yang ditambahkan dengan cheese lebur. Popular sangat sampai viral!

Kali ini pula, mereka hebatkan lagi menu mereka dengan memperkenalkan Cheeseburger Aligot (bukan alligator, ya).

Popular di Perancis, hidangan ini sedikit macam cheese fondue, di mana roti dicelup ke dalam sos keju yang yang dicairkan di atas api.

Selain keju, chocolate fondue pun ada. Untuk hidangan Aligot pula, bahannya adalah gabungan kentang putar, heavy cream, susu, bawang putih dan baaanyak keju yang telah dicairkan.

Foto: Instagram @sitiazahari

Untuk hidangannya di Restoran Burger Bakar Abang Burn, Encik Tukang Masak mencelup patty burger di dalam campuran ubi kentang dan keju ini sampai ia tersalut penuh. Bila ia dah sejuk, campuran ini menjadi lembut dan sedikit kenyal macam doh pizza.

Foto: Instagram @mumblingcici

Ini rupa lengkap burger itu, dan cara patty yang tebal, lembut dan berjus itu disalut. Cuba jangan terliur, ya!

 

A post shared by 나디아 ? (@yayaa.rose) on

Video ini menunjukkan bagaimana burger Aligot ini disiapkan.

Dah terliur? Siapa tak suka hidangan cheese yang menarik macam ini, kan?

Di Restoran Burger Bakar Abang Burn, pilih saja burger yang anda nak (harganya dari RM12) dan minta top-up Aligot dengan harga tambahan sebanyak RM5.

Kombinasi ini memang secocok! Cheese saja pun dah penuh nikmat, inikan pula bila ia ditambah dengan ubi kentang. Bayangkan apa rasanya bila anda menggigit patty yang dibalut dengan Aligot itu. Bila makan panas-panas… fuuhh!

Jangan tunggu-tunggu lagi dah! Anda bolehlah ke Restoran Burger Bakar Abang Burn untuk nikmati burger special ini.

Cawangan restoran ini ada banyak di serata Malaysia, seperti di Ampang, Shah Alam, Danau Kota, Pasir Gudang, Melaka, Alor Setar, Johor Baru, Kuantan dan Klang. Layari laman web ini untuk info selanjutnya.

Sumber: Have Halal Will Travel, Facebook Abang Burn

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

Cara Mudah Nak Masak Biryani Ayam Ala India

Nak sedap lagi hidangkan bersama raita iaitu campuran yogurt bersama bawang dan tomato.

Eat Travel Thu, 27 Dec 2018
Eat Travel Mon, 9 Dec 2019

Mudahnya buat kek tiramisu dengan resipi ini

Pemanis mulut Itali ini popular di Malaysia

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018
Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Fri, 12 Oct 2018
Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

Frasa Korea Yang Berguna Untuk Pelancong Muslim Bila Nak Cari Makanan Halal

Kalau setakat annyeonghaseyo dan kamsahabnida, tak pasti boleh bantu.

error: Content is protected !!