Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 18, 2020 @ 4:43pm

Jom buat sendiri kismis, makanan sunah yang banyak khasiatnya

Kismis, walaupun kecil, namun memiliki manfaat yang besar untuk kesihatan. Makanan sunah itu kaya dengan serat, kalsium, zat besi, kalium dan pelbagai jenis vitamin yang bagus untuk kesihatan.

Antara kebaikan kismis adalah mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit jantung. Selain itu, ia mampu mengurangkan paras gula dalam darah dan merendahkan tekanan darah.

Kismis yang kaya dengan antioksidan juga boleh membantu menyingkirkan radikal bebas dalam darah sekali gus mengelak risiko penyakit kanser.

manfaat kismis dan cara buat sendiri kismis

Kredit gambar: Deherba

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam kismis juga boleh membantu diri lebih awet muda dan mampu menjaga penglihatan, kesihatan perut, saluran kencing, melawan masalah gusi serta gigi.

Paling menarik, kismis yang tinggi serat juga dapat membantu menurunkan berat badan dan melindungi daripada masalah sembelit.

Kismis selalu digunakan dalam masakan, sama ada untuk membuat nasi tomato, kek, kuih, atau dijadikan sebagai snek ringan. Bagi mereka yang menggemari kismis, apa kata cuba sendiri buat kismis di rumah.

Cara menghasilkan kismis yang diperbuat daripada anggur kering itu dikongsi oleh seorang lelaki, Kipli Joni menerusi laman Facebook-nya. Jom lihat bagaimana cara membuat kismis, mana tahu selepas ini boleh cuba buat sendiri di rumah, lagi jimat!

cara buat kismis

  • Rendam dan basuh buah anggur dengan bersih. Toskan.
  • Kemudian sediakan periuk memasak dan isi dengan air bersih. Sukatan air yang digunakan bergantung pada jumlah anggur yang ada. Pastikan semua buah anggur itu boleh ditenggelamkan.

cara buat kismis

  • Seterusnya masukkan sedikit garam dan biarkan air mendidih.
  • Setelah itu, masukkan kesemua buah anggur tadi dan perlahankan api.
  • Perhatikan buah anggur dan jika kulitnya terbuka atau merekah serta sudah mula timbul, tutup api. Keluarkan kesemua anggur dan tos sehingga kering.

cara buat kismis

  • Susun anggur dalam dulang dan jemur di bawah matahari yang panas terik atau masukkan ke dalam ‘dehydrator’.
  • Jemur lebih kurang dua hingga tiga hari sehingga buah anggur menjadi kecut. Kismis sedia untuk dinikmati!

cara buat kismis

Memang sangat mudah dan puas hati jika dapat buat sendiri kismis di rumah. Selamat mencuba!

Kredit gambar: Facebook Kipli Joni

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 12 May 2020

Ada bilik hotel di Malaysia berhantu, hati-hati apabila memilih hotel

Buat kajian dulu, jangan nanti ada gangguan!

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020
Eat Travel Sun, 23 Sep 2018

Inilah Resipi Terbaik Biskut Cip Coklat Yang Khas Untuk Orang Vegan

Vegan, maknanya tiada ramuan tenusu tapi masih sedap dimakan!

Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Sat, 1 Dec 2018

Hampir 300K Pengikut Di Instagram, Seni Ukiran Lelaki Ini Memang Awesome!

Kena tahu teknik ukiran yang betul barulah menjadi!

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Restoran Ini Perkenalkan Menu Burger Yang Disaluti Kentang Putar & Keju, Gerenti Terliur!

Berasal dari Perancis, hidangan seperti ini dinamakan Aligot Burger.

Eat Travel Fri, 7 Jun 2019
Eat Travel Fri, 28 Feb 2020

Resipi bancuhan air Milo seperti trak Milo, sedapnya!

Buat sendiri sahaja di rumah, lebih jimat dan puas

Eat Travel Sun, 30 Sep 2018

Nak Cuba Buat Roti Gandum Sendiri? Ini Resipinya

Tak perlu pakai mesin breadmaker pun.

error: Content is protected !!