Euforia Bola 2026
Trending By: Azyan April 27, 2023 @ 2:30am

Jom Raya Bersama Sime Darby Property! Ada Rumah Terbuka Juga Tau!

Sebagai syarikat pemaju hartanah tersohor di Malaysia, Sime Darby Property (SDP) mengibaratkan jenamanya sebagai pengganda nilai bagi semua lapisan masyarakat. 

Sempena bulan perayaan ini, SDP bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep perkongsian ruang untuk menjadikan Raya Bersama lebih bermakna.

Bagi menyampaikan mesej berkenaan, SDP memilih satu elemen yang relevan dengan Hari Raya Aidilfitri serta sinonim dengan titik mula pelbagai detik suka-duka dalam kehidupan masyarakat-meja.

Kenapa meja?

Ruang berkaki empat di mana orang kerap berkumpul menjadi inspirasi kepada SDP untuk menghasilkan sebuah filem pendek Raya yang menampilkan contoh detik-detik penting yang selalu berlaku ketika di meja. 

Ia merangkumi pertemuan semula dengan ahli keluarga tersayang, pembaharuan ikatan yang murni, kerjasama dengan rakan sekerja, pemberian bantuan kepada golongan asnaf, penunaian zakat, serta pencarian rezeki yang berkat.

Sesungguhnya, objek berupa meja ini amat simbolik dengan komitmen SDP untuk memupuk kebersamaan komuniti serta mewujudkan jalinan masyarakat yang bersepadu di setiap perbandarannya.

Sejajar dengan matlamatnya sebagai Force for Good, SDP tekad untuk menjadi pengganda nilai secara menyeluruh kepada masyarakat, perniagaan, ekonomi dan planet dengan membangunkan projek-projek yang mengutamakan kepentingan perpaduan masyarakat dan kesejahteraan semua generasi.

 

SDP merakam setiap detik di mana semua lapisan masyarakat bersatu kerana Nilai yang Dikongsi Bersama, Mengeratkan Jalinan Semua. 

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, SDP berbesar hati untuk Raya Bersama dengan berkongsi ruang untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna.

Rumah Terbuka Raya

Bagi memupuk semangat kebersamaan, SDP akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya di beberapa galeri jualannya yang terpilih antara 7 hingga 21 Mei 2023.

Antara lokasi pilihan adalah Bandar Serenia, Elmina, Bandar Bukit Raja dan Putra Heights di Selangor, KL East di Kuala Lumpur, Nilai Impian dan Bandar Ainsdale di Negeri Sembilan, serta Bandar Universiti Pagoh di Johor.

Pelbagai aktiviti yang menarik seperti cabutan bertuah Spin The Wheel menanti anda di sana.

Pastikan juga anda tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah istimewa Hari Raya daripada SDP termasuk hidangan-hidangan khas seperti Kambing Golek.

SDP turut menawarkan hadiah Duit Raya bernilai RM10,000 untuk 20 pemenang bertuah bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2023.

Korang juga berpeluang membawa pulang kotak hadiah eksklusif apabila korang membeli hartanah daripada SDP!

Baucar istimewa KL East Mall dan Golfers Terrace Kuala Lumpur Golf & Country Club, masing-masing bernilai RM8,000 dan RM5,000 juga akan dihadiahkan kepada pembeli rumah yang bertuah. 

Bagi pembeli produk-produk perumahan SDP yang terpilih pula, anda boleh menikmati pengecualian duti setem dan Memorandum Pemindahan (“MoT”).

Apa tunggu lagi? Jangan lupa membawa keluarga untuk Raya Bersama SDP dan menikmati pelbagai tawaran menarik di Rumah Terbuka Raya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada SDP, sila layari www.simedarbyproperty.com/raya2023

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan 😊

Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Mon, 8 Jan 2024

16 Tahun Kembali Pada Fitrah, Adam Corrie Mengaku Tak Rindu Nak Makan Daging B*bi

Allahuakbar, tak baik main tuduh sampai macam tu sekali🔥 Malu lah wei!

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Mon, 8 May 2023

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Alahai! manis betul pasangan sama cantik, sama padan ni kan? Paling cute terselit si kecik tu🥰

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Thu, 4 Nov 2021
error: Content is protected !!