Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie March 3, 2020 @ 6:42pm

Journaling bantu wanita ini hilangkan tekanan

Kesibukan seharian sama ada di tempat kerja mahupun di kampus, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah mengalami tekanan.

Bagi menghilangkan tekanan itu, ada yang melukis, ada juga yang menyanyi. Tidak kurang juga yang memasak untuk melupakan segala masalah.

Bagi kakitangan Pusat Penyiaran All Asia, Nurul Ili Saharudin, beliau mempunyai cara yang amat mudah iaitu dengan membuat catatan pada buku nota.

Uniknya, catatan yang dihasilkan menggunakan pelbagai bahan antaranya pelekat berwarna-warni dan kata-kata motivasi.

Nurul Ili berkata, sejak memulakan hobbi yang dinamakan journaling itu, beliau mendapati dirinya semakin tenang dan gembira.

“Saya mula membuat catatan berhias ini pada 2015. Asalnya tugasan di tempat kerja memerlukan ketepatan dalam semua perkara, malah tidak boleh ada kesilapan langsung!

“Oleh itu, saya perlu mencari sesuatu untuk meredakan tekanan dan saya dapati journaling memberi kelegaan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

 

Nurul Ili (kiri) gembira setiap kali bertemu rakan-rakan untuk membuat aktiviti journaling. Foto: Nurul Ili Saharudin.

Bagi Nurul Ili, journaling yang dilakukan itu sangat bermanfaat kepada dirinya yang selama ini tercari-cari apa yang boleh dilakukan untuk meredakan tekanan.

Tanpa disangka, hobi berkenaan mempertemukan Nurul Ili dengan ramai rakan yang berkongsi minat yang sama, malah mereka juga bertukar-tukar keperluan apabila berjumpa.

“Journaling membuka peluang kepada saya untuk berkarya secara bebas dengan fikiran yang lebih terbuka, tiada salah tiada betul. Paling penting, tiada pertelingkahan atau penghakiman terhadap apa yang dilakukan.

“Secara tidak langsung hobi ini membolehkan saya meluahkan perasaan secara kreatif. Mahu tampal atau tulis di kiri, kanan atau atas halaman pun tiada yang salah,” katanya.

Journaling bukan hobi baharu dalam kalangan rakyat Malaysia, namun tidak ramai yang melakukannya lantaran merasakan diri tidak mempunyai kreativiti.

 

Nurul Ili berkata, bagi penggemar journaling, hobi itu menjadikan mereka lebih kreatif, gembira dan sentiasa bersemangat mencipta sesuatu yang baharu setiap hari.

“Bagi saya, journaling ini sama seperti kehidupan. Perlu berani mencuba, barulah kita dapat rasa. Seperti jatuh, rasa sakit, baru kita tahu perasaanya.

“Saya juga dapat mendisiplin dan motivasikan diri ke arah yang lebih baik dengan journaling,” katanya yang memperuntukkan sekurang-kurang 20 minit setiap hari untuk membuat catatan pada buku yang dikhaskan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Sep 2025
Featured Mon, 1 Aug 2022

Mimpi Dipatuk Ular Tedung, Belum Rezeki Zul 2By2 & Intan Maya Untuk Timang Anak – “Isteri Alami 2 Kali Keguguran”

Semoga Zul & Intan Maya dijauhkan daripada segala perkara buruk serta dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ❤️

Featured Tue, 23 Jun 2026

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Featured Mon, 30 Jun 2025
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Featured Sun, 2 Jan 2022

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni. Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan […]

error: Content is protected !!