Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 25, 2026 @ 5:58pm

Joy Red Velvet Bakal Hiburkan Peminat K-Pop Di Zepp Kuala Lumpur Pada 25 April Ini!

Penyanyi K-pop Joy yang popular kerana menganggotai kumpulan Red Velvet bakal kembali menemui peminat tempatan menerusi 2026 Joy Asia Tour ‘Joy Splash’ yang dijadual berlangsung pada 25 April 2026 jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Dianjurkan Zues Event, konsert ini menjadi sebahagian daripada perjalanan solo baharu Joy selepas pelbagai sokongan yang diterima daripada peminat Malaysia.

Menurut Pengarah Zues Event Sdn Bhd, Jeffery Chin, pemilihan Kuala Lumpur dibuat kerana sambutan peminat tempatan yang sentiasa konsisten.

“Kami rasakan waktunya tepat untuk bawa Joy ke Kuala Lumpur. Peminat di sini sudah lama memberi sokongan dan kami mahu wujudkan malam istimewa yang lebih dekat antara Joy dan mereka. Kami juga harap konsert ini membuka peluang untuk lebih banyak persembahan K-pop dianjurkan di Malaysia,” katanya.

Konsert berdurasi kira-kira dua jam itu akan menampilkan pengalaman audio visual yang menyeluruh dengan segmen interaktif dan susunan persembahan khas buat peminat. Joy dijangka membawakan lagu popular serta beberapa kejutan sepanjang malam persembahan.

Jeffery berkata pihak penganjur menjangkakan suasana penuh semangat daripada peminat tempatan.

“Kami percaya peminat Malaysia akan hadir dengan sorakan kuat dan tenaga positif. Harap semua pulang dengan rasa puas dan gembira kerana menjadi sebahagian daripada Joy Splash di Kuala Lumpur,” katanya.

Tiket konsert berharga RM698, RM598, RM498 dan RM398 akan mula dijual pada 7 Mac 2026 jam 12 tengah hari menerusi laman etix.my, dengan pelbagai manfaat peminat turut disediakan sepanjang acara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Fri, 18 Jun 2021

Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat. BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh […]

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

Featured Mon, 20 Feb 2023
Trending Tue, 7 Mar 2023
error: Content is protected !!