Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops August 2, 2018 @ 4:37pm

Jual Produk Kecantikan, Kenapa Zoey Rahman Dikecam Netizen?

Selain berlakon dan mengacara, Zoey Rahman kini menghasilkan produk penjagaan wajah, Mika Series khusus untuk lelaki sahaja. Ianya sebagai salah satu percubaan bagi Zoey untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Namun, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kenapa lelaki mahu menjual produk kosmetik.

Bagi Zoey, beliau sendiri tidak menyangka kenapa masih ada lagi masyarakat yang mahu mempersoalkan tentang bentuk perniagaan seseorang kerana menurutnya, penjualan barangan kosmetik tidak hanya terhad dikalangan wanita sahaja. 

Sumber : instgram @zoeyrahman

“Pada zaman sekarang, bukan saja wanita yang mahu menjaga penampilan dan bergaya, sebaliknya lelaki tidak ketinggalan.

“Set kosmetik keluaran saya jika digunakan tidaklah terlalu tebal seperti memakai bedak kompak wanita. Namun, saya lihat, daripada kelompok yang memberi sokongan, ada yang mencemuh dan memberi pandangan negatif hanya disebabkan saya lelaki.

“Hakikatnya, tidak ramai tahu pentingnya menjaga penampilan terutama bagi selebriti.” Katanya.

Sumber : instagram @zoeyrahman

Meskipun di kecam oleh haters, Zoey nampaknya tidak sedikit pun ambil peduli. Malah, beliau tetap memberi sepenuh perhatian dalam mempromosikan produk keluarannya kepada orang ramai.

“Saya mahu jadikan kata-kata negatif mereka sebagai pembakar semangat. Saya mahu buktikan apa yang mereka lemparkan itu salah.

“Selain itu, saya mahu sentiasa meningkatkan kualiti produk,” katanya.

Anda juga boleh ikuti drama berjudul Cik Sempurna yang dilakonkan oleh Zoey dan beberapa rakan artis, pada setiap Sabtu dan Ahad menerusi slot Dahlia hanya di TV3 atau boleh saksikan sendiri di portal rasmi kami hanya di tonton.com.my

 Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Fri, 12 Jul 2024

“Single, Janda… Sorry, But Not Available” – Dedah Status Terkini, Nonny Nadirah Kongsi Ciri Lelaki Idaman

Doakan yang baik-baik. Moga Allah berikan hidayah dan jodoh yang baik🥰

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Isu Pasal Idah Saya Tak Point Pada Mana-Mana Pihak” – Kamal Adli

Kamal berkata, hantaran itu sebenarnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan hanya mahu berkongsi kepada umum.

Hiburan Sun, 8 May 2022
Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Abam & Hidayah!

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
error: Content is protected !!