Euforia Bola 2026
Featured By: Khairunnisa Mohamad Musa December 27, 2022 @ 5:36pm

[VIDEO] “Saya Ingat Industri Ini Selamat” – Julia Farhana Dedah Kena Gangguan Seksual Pada Awal Kerjaya

Pelakon jelita, Juliana Farhana Marin, 28, mendedahkan dia pernah mengalami gangguan seksual di awal kerjayanya pada 2018.

Menurut aktres Ku Kirim Cinta itu, kejadian ngeri terbabit berlaku ketika dia sedang menghadiri sesi uji bakat di salah sebuah pejabat milik pengarah terkenal.

“Ketika itu, saya sampai di pejabat sekitar jam 8 malam dan keadaan pada waktu itu sunyi dan sepi. Saya ingat mungkin pada ketika itu, saya dah lambat dan orang lain pun dah balik.

“Masa saya masuk ke dalam bilik, saya toleh ke belakang dan lihat pengarah itu tutup dan terus kunci pintu,” ujarnya.

Julia mendedahkan perkara terbabit menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres Amelia Henderson, 27.

“Sepanjang sesi uji bakat itu, saya diarahkan untuk berlakon watak sebagai seorang penggoda. Jadi, saya bermonolog watak tersebut.

“Tetapi, pengarah itu, secara spesifik meminta saya untuk menggodanya. Walapun gangguan seksual yang berlaku pada waktu itu cuma secara lisan, namun saya tetap berasa takut,” jelasnya.

Isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum itu bertekad untuk tidak pergi ke sesi uji bakat kerana trauma dengan insiden yang menimpanya empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bernikah 14 Disember Lalu, Julia Farhana Selamat Berkahwin Dengan Bekas Suami Lufya

“Bukan itu sahaja, ada juga kaum wanita dalam industri ini yang menawarkan saya untuk membuat ‘side jobs’ dan ini adalah realiti industri hiburan yang orang tidak tahu.

“Apabila saya berkongsi pengalaman terkena gangguan seksual, segelintir orang akan menyalahkan saya kerana pergi ke uji bakat tersebut pada waktu malam.

“Saya ingat industri ini selamat, dan saya ingat saya boleh percaya lelaki yang sudah mempunyai anak, yang mungkin juga ada anak perempuan. Jadi, kenapa mereka perlu lakukan perkara sebegitu kepada kaum wanita?” katanya lagi.

@stusemdiobang i’m glad she’s safe #studiosembang #ameliahenderson #juliafarhana #podcast #fyp ♬ original sound – sembang with amelia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

Berhasrat Bawa Anak-Anak Sepentas Di Plenary Hall KLCC, Ini Konsert Terakhir Jamal Abdillah? Bakal Berduet Dengan Penyanyi Legenda 

Legenda Datuk Jamal nak buat konsert ni gais! Besok boleh beli tiket, jangan lepaskan peluang ni ok

Featured Wed, 6 Nov 2024

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Rancang Nikah Tahun Depan

Eyka dan Akhyar merancang untuk menamatkan zaman bujang setelah lima tahun menyulam cinta. Tahniah!

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Trending Sat, 5 Feb 2022

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase. Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, […]

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Thu, 7 Jun 2018
error: Content is protected !!