Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 15, 2026 @ 11:59am

Juliana Evans Dedah Sering Alami Mimpi Pelik Ketika Hamil – “Rasa Sangat Jelas & Nyata”

Pelakon, Juliana Evans, mendedahkan dia sering mengalami mimpi pelik sejak disahkan hamil sehingga ada kalanya membuatkan dirinya berasa hairan.

Menerusi perkongsian di Threads, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, berkata pengalaman itu berlaku sejak awal kehamilan dan setiap mimpi yang dialaminya terasa sangat nyata.

“Saya asyik mengalami mimpi-mimpi pelik sejak mula hamil. Apa yang lebih menghairankan, semuanya terasa sangat jelas dan nyata.

“Adakah mana-mana ibu mengandung di sini pernah melalui perkara yang sama seperti saya?” soalnya.

Tidak ketinggalan, rakan selebriti, pelakon Datin Intan Najuwa antara yang tampil berkongsi pengalaman serupa dan mengakui sering berdepan mimpi aneh sepanjang tempoh kehamilannya.

“Oh ya, memang saya turut mengalaminya. Sepanjang kehamilan, saya hampir setiap malam mengalami mimpi yang pelik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan mimpi luar biasa dan sukar dijelaskan sepanjang tempoh kehamilan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya […]

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Sun, 25 Aug 2024
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

Apa yang Azrel nak tapi belum dapat ni?

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Wed, 15 Mar 2023
error: Content is protected !!