Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2026 @ 3:56pm

“Kadang-Kadang Orang Terlalu Sibuk Jaga Imej” – Affendy Jailani Dedah Cerita Sebenar Dunia Hiburan Dalam Podcast ‘Bukak Mulut’

Dalam dunia media sosial yang semakin dipenuhi imej sempurna dan kehidupan serba ‘fake’, muncul sebuah podcast yang berani membuka sisi sebenar industri hiburan dan budaya digital tanpa berselindung.

Diberi judul Bukak Mulut, podcast kendalian Affendy Jailani itu tampil dengan pendekatan lebih berani apabila mengangkat topik yang sering menjadi buah mulut netizen tetapi jarang dibincangkan secara terbuka.

Daripada tekanan untuk kekal relevan di media sosial hinggalah budaya ‘fake lifestyle’ dan fenomena ‘cancel culture’, semuanya disentuh secara santai namun jujur menerusi podcast tersebut.

Menurut Affendy, dia mahu Bukak Mulut menjadi ruang selamat untuk individu bercakap secara terbuka tentang realiti sebenar di sebalik dunia digital yang sering dipenuhi persepsi palsu.

“Ramai orang nampak kehidupan di media sosial ini sempurna, tapi hakikatnya banyak perkara yang disembunyikan di sebalik kamera.

“Saya mahu podcast ini jadi tempat untuk bercakap tentang perkara yang orang selalu fikir tapi takut nak cakap. Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga imej sampai lupa untuk jadi diri sendiri,” katanya.

Podcast itu turut menampilkan segmen seperti Soalan Pedih dan Cerita Belakang Tabir yang membawa tetamu jemputan berkongsi pengalaman sebenar tanpa skrip atau ‘filter’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

Antara tetamu yang ditampilkan termasuk pencipta kandungan, usahawan dan figura awam yang akan berkongsi kisah jatuh bangun mereka dalam dunia digital dan industri hiburan.

Affendy yang mempunyai pengalaman dalam bidang komunikasi dan pemasaran digital sebelum ini pernah berkhidmat bersama Media Prima, syarikat penerbangan dan di sektor perbankan turut gembira apabila podcast ini meraih perhatian positif.

Menurut Affendy, dia sedar beberapa sedutan podcast Bukak Mulut sering menjadi perhatian dan tular di media sosial, namun berharap penonton tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan klip pendek yang dikongsikan.

“Kadang-kadang potongan video yang viral di media sosial itu cuma beberapa saat daripada keseluruhan perbualan. Bila tengok pendek-pendek, konteks sebenar boleh lari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

“Sebab itu saya selalu galakkan orang tonton episod penuh supaya mereka faham keseluruhan cerita dan apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh tetamu,” katanya.

Tambahnya, antara kekuatan podcast tersebut adalah keberanian tetamu jemputan untuk berkongsi pengalaman hidup secara lebih terbuka tanpa terlalu menjaga imej.

Antara figura yang pernah tampil dalam Bukak Mulut termasuk Nourul Depp, Norjuma Habib Mohamed, Imranul Effendy, Fauziah Latiff dan Betty Banafe selain beberapa lagi tetamu daripada pelbagai latar belakang industri.

Mensasarkan golongan muda dan profesional, Bukak Mulut akan disiarkan menerusi Spotify, YouTube dan TikTok dengan episod baharu setiap minggu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022

“Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Eh, kenapa netizen tak bagi Keisya nyanyi lagi kat Malaysia? Sumbang sangat ke nyanyian Keisya masa AIM 23 haritu? Hmmm 🥲

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Terungkailah Sudah Siapakah Gerangan Protege Bagi Mentor 7?

Bermula 28 Oktober ini, jangan lupa saksikan setiap Ahad jam 9 malam. Mentor 7 bakal bersiaran secara LIVE dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tengok okay!

Trending Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Drama Pilihan ASK 2019, Korang Tentukan Mulai 1 September Ini!

Selamat menonton drama pilihan calon pemenang ASK 2019 !

Featured Fri, 30 Aug 2024
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

ntv7, 八度空间及One FM新闻录影棚开放参观 [报名表格]

配合ntv7及八度空间《校园主播培训营》的活动开跑,电视台也安排了ntv7、八度空间及One FM 新闻录影棚开放参观活动,赶快报名参与!

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

error: Content is protected !!