Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 23, 2026 @ 2:38pm

“Kalau Tak Shooting, Memang Saya Turun” – Sophia Albarakbah Buka Gerai Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan

Pelakon, Sophia Albarakbah meluangkan masa berniaga air kelapa sepanjang Ramadan walaupun masih sibuk dengan kerjaya seni.

Ketika ditemui media, Sophia, atau nama lengkapnya,  Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata dia dan kakaknya akan membuka gerai air kelapa pandan di bazar Ramadan Stadium Merdeka.

“Saya dengan kakak akan jual air kelapa pandan dekat bazar Ramadan di Stadium Merdeka. Mungkin hari ketiga Ramadan dah buka.

“Kalau saya tak ada penggambaran, saya akan datang bantu kakak,” katanya ketika ditemui pada sidang media kempen Jwanjih Kenyang TV3 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aktres drama rantaian Bisik Asmara itu menjelaskan, keputusan menjual air kelapa dibuat kerana minatnya terhadap minuman berkenaan dan bukan sekadar mengikut trend.

“Saya memang suka air kelapa sebab kurang gemar minuman terlalu manis dan bergula.

“Selalunya di bazar, air kelapa sudah siap dalam balang dan dicampur gula serta ais. Kadang-kadang saya sendiri rasa skeptikal tentang kebersihan air itu.

“Lebih sihat dan menyegarkan, terutama ketika berbuka puasa. Air kelapa ada elektrolit semula jadi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2025
Hiburan Thu, 8 May 2025

“Ikhlas & Reda Lepaskan Amar, Tapi Jauh Di Sudut Hati Risau Kalau Umur Tak Panjang”  – Amyra Rosli

Meskipun berat hati, Amyra tetap memberikan sokongan penuh kepada Amar

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Khairul Aming Kongsi Detik Cemas Naik Pesawat, Perjalanan Ke Kota Bharu Jadi 4 Jam – “Susah Nak Mendarat Musim Hujan Ribut”

Terpaksa detour ke Penang, Khairul Aming kongsi pengalaman cemas pesawat sukar mendarat

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

G-Dragon’s Detailed Personal Info Leaked Online by ‘Fan’

It is extremely detailed that it’s so creepy. No wonder he needed privacy at the hospital.

Hiburan Sun, 11 Aug 2024
error: Content is protected !!