Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops February 10, 2019 @ 11:00am

Kek coklat ini tidak menggunakan sebarang ramuan tenusu atau telur, tetapi rasanya penuh nikmat!

Adakah anda seorang ‘mangsa’ intolerans laktosa (lactose intolerance) iaitu tidak boleh menghadam gula daripada susu?
Ataupun adakah anda mengalami alahan terhadap produk tenusu?

Jika ya, anda mungkin terpaksa menahan diri daripada makan beberapa jenis hidangan tertentu seperti kek coklat yang selalunya memerlukan ramuan susu di dalam resipinya.

Namun begitu, nasib anda baik kerana di bawah ini ialah resipi yang tidak melibatkan bukan sahaja susu, malah telur!

Kek ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan, tetapi juga mereka yang mengamalkan gaya pemakanan vegan.

Anda yang ingin mengurangkan pengambilan bahan tenusu juga boleh cuba menghasilkan kek ini!

Bahan

1. Frosting

  • 880 ml santan kelapa penuh lemak
  • 510 gram kepingan coklat tanpa tenusu, dipotong kecil
  • ¼ cawan minyak kelapa, dicairkan
  • 240 gram gula serbuk

2. Kek

  • 3 cawan tepung gandum (whole wheat flour) (375 gram)
  • 1 ½ cawan serbuk koko gelap (dark cocoa powder) (180 gram)
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 ½ sudu kecil serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 3 cawan susu badam (710 ml)
  • 1 cawan minyak kelapa, dicairkan
  • 1 ½ cawan sos epal
  • 1 ½ cawan sirap maple
  • 1 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • Buah beri, untuk hiasan

Cara penyediaan

  1. Untuk frosting, panaskan santan kelapa selama lebih kurang 2 minit di dalam sebuah mangkuk yang selamat untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro, ataupun periuk kecil di atas api. Tetapi jangan biarkan hingga ia mendidih.
  2. Masukkan kepingan coklat ke dalam mangkuk besar dan tuangkan santan panas di atasnya. Gaul hingga coklat cair dan kedua-dua ramuan itu bergabung.
  3. Apabila coklat sudah cair, tambahkan minyak kelapa dan serbuk gula. Pukul dengan pemukul telur atau mesin pengadun hingga sebati dan lembut.
  4. Tutup mangkuk dengan plastik dan letakkan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Panaskan ketuhar ke suhu 180°C. Sapukan mentega pada permukaan dalam bagi tiga loyang kek bulat bersaiz 8 inci. Letak tepi.
  6. Di dalam sebuah mangkuk besar (A), masukkan tepung gandum, serbuk koko gelap, gula, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam. Kacau dengan pemukul telur hingga sebati.
  7. Di dalam sebuah lagi mangkuk besar (B), gaul sekali susu badam, minyak kelapa, sos epal, sirap maple, cuka epal dan ekstrak vanila dengan pemukul telur.
  8. Masukkan campuran dari mangkuk A ke dalam mangkuk B, sedikit demi sedikit. Gaul dengan spatula hingga sekata.
  9. Bahagikan adunan ini sama rata kepada tiga bahagian dan masukkan ke dalam loyang kek tadi. Bakar selama 35 hingga 45 minit atau hingga lidi nampak bersih setelah dicucuk ke dalam kek. Biarkan sejuk sepenuhnya.
  10. Keluarkan frosting daripada dalam peti sejuk dan gaulkan hingga sekata.
  11. Pilih kek yang mana yang akan menjadi bahagian bawah, dan sapukan lebih kurang 1 cawan frosting ke atasnya dengan rata.
  12. Letakkan satu keping kek di atasnya dan sapukan frosting di atasnya pula.
  13. Letakkan lapisan kek yang terakhir dan sapukan frosting di atas dan di sekeliling keseluruhan kek itu banyak-banyak. Tak perlu jimat frosting!
  14. Hiasinya dengan buah beri pilihan anda sebelum hidang.

Hasilnya pasti sedap!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

Hanya Guna 2 Bahan Saja Nak Buat Kek Oreo Kukus Viral Ini. Mudah Sangat!

Walaupun guna 2 bahan saja, rasanya tetap sedap!

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!

Eat Travel Tue, 8 May 2018

Nak Travel Tapi Takut Turbulence Ketika Menaiki Kapal Terbang? Ikuti Tip Ini Untuk Mengatasinya

Nak melancong ke luar negara akan rasa tak syok kalau anda ada fobia naik kapal terbang.

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Eat Travel Tue, 2 Oct 2018
Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

Eat Travel Mon, 10 Dec 2018
Eat Travel Thu, 16 May 2019
Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
error: Content is protected !!