Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom December 11, 2018 @ 10:00am

Kembung Perut Dan Tiada Eno Di Rumah? Sila Cuba 7 Jenis Makanan Ini

Kembung perut sama ada lewat makan atau terlebih makan, sememangnya membuat kita berasa tidak nyaman.

Jalan pintas melegakannya, salah satunya adalah mengambil minuman melegakan perut kembung seperti Eno atau Gaviscon.

Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat jenis makanan yang boleh merawat masalah ini, malah ia diamalkan sejak turun-temurun!

Nak tahu apakah makanan itu, teruskan membaca.

1. Air Lemon

Foto: reneediet.com

Lemon adalah diuretic (meningkatkan aliran urine) semula jadi dan laksatif (julap) yang lembut bila ditambah ke dalam air suam.

Minum air lemon suam boleh bantu kurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam badan. Tapi semasa perut kembung, pastikan minum air lemon dari cawan dan bukan straw untuk elak menyedut udara berlebihan.

2. Batang Saderi

Foto: The Spruce Eats

Keratan hijau rangup ini boleh bantu penghadaman dengan mengawal pergerakan usus dan gas dalam usus. Rupanya terdapat bahan kimia dalam batang saderi yang dipercayai dapat kurangkan takungan cecair dalam badan.

Kebaikan lain, bantu proses detoks. Kandungan air yang tinggi dalam batang saderi mampu buang toksin badan, makan saderi segar untuk efek lebih baik. 

3. Tembikai

Foto: Rasa

Buah tembikai mempunyai ciri diuretik semula jadi juga, selain sebagai sumber kalium yang bagus. Keseimbangan antara kandungan natrium dan kalium penting untuk kawal kembung perut.

4. Yogurt

Foto: Hello Sehat

Kultur aktif hidup dalam yogurt seperti lactobacillus dan acidophilus boleh bantu legakan simptom perut kembung. Tambahkan buah-buahan terutamanya tembikai ke dalam yogurt untuk hasilkan snek lazat kaya khasiat.

5. Halia

Foto: onegoodthingbyjillee

Halia mempunyai bahan anti-radang dan anti bakteria yang berfungsi baik untuk masalah perut kembung. Sediakan secawan teh halia suam.

Minum sebelum, semasa atau selepas makan utama akan bantu tubuh merangsang air liur, hempedu dan jus perut yang membantu penghadaman.

Selain tu, halia juga beri kesan relaks yang menyenangkan kepada usus kecil, mengurangkan radang dalam usus besar sekaligus bantu kelancaran pergerakan makanan dalam sistem tubuh lalu mengurangkan masalah kembung yang dihadapi.

6. Pisang

Foto: Everyday Health

Mudah didapati dan sedap! Kandungan zat kalium yang agak tinggi pada pisang dikatakan mampu bantu kurangkan kembung. Jadi cuba makan pisang untuk melegakan perut.

7. Bawang Putih

Foto: forbes.com

Bawang putih memang banyak khasiat, cuma mungkin sebilangan orang kurang gemar pada bau atau rasanya yang kuat. Tapi bawang putih dipercayai dapat atasi masalah kembung.

Jika memakan bawang putih dengan makanan yang tinggi kandungan sodium, mungkin akan sebabkan masalah kembung tetapi kalau dimakan berasingan, mampu keluarkan angin dalam perut.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 12 Sep 2018

8 Jenis Makanan Yang Bisa Bikin Anak Anda Memiliki Ketinggian Persis Supermodel!

Makanan kaya protein memberi kebaikan tubuh badan yang sihat, tinggi dan kuat buat si kecil.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Wed, 27 May 2020
Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Sihat Thu, 26 Sep 2019
Sihat Fri, 27 Jul 2018

Inilah Kenapa Anda Cepat Lupa Nama Orang Yang Baru Anda Kenal & Cara Mengingatinya

Malu betul kalau berjumpa balik, tapi tak ingat nama dia.

Sihat Tue, 5 Jun 2018

3 Tanda-Tanda Sakit Apendiks Yang Perlu Anda Tahu

Kalau tidak dirawat dengan segara, sakit apendiks ini boleh membahayakan nyawa anda!

Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Azam Tahun Baru Tentang Kesihatan Yang Para Doktor Ingin Anda Buat

Inilah panduan terperinci untuk anda yang nak sihat.

error: Content is protected !!