Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 6, 2020 @ 8:12pm

236 kes positif COVID-19 sembuh di Malaysia, beri sinar harapan

Sebanyak 236 kes jangkitan COVID-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini, iaitu jumlah harian tertinggi, manakala jumlah kumulatif yang sembuh sepenuhnya sebanyak 1,241 atau 32.72 peratus.

Kes baharu yang positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari, hari ini dilaporkan sebanyak 131 kes menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia sebanyak 3,793 kes, manakala hanya satu kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan 62 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika hadir sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini sebanyak 102 kes kritikal masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), iaitu pertambahan sebanyak tiga kes berbanding 99 kes, semalam.

“Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU. Daripada jumlah itu, 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan satu kematian akibat COVID-19, membabitkan kes ke-3,663 iaitu seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Kes kematian terbaharu itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks yang positif COVID-19 daripada perhimpunan di Sri Petaling, iaitu kes ke-1,265; ke-1,266; ke-1,267, ke-1,404 dan ke-2,549.

Sehingga petang ini, wabak COVID-19 sudah merekodkan sebanyak 70,344 kematian di seluruh dunia, meningkat sebanyak 5,734 daripada 64,610 kes semalam, namun jumlah kumulatif jangkitan kini mencapai 1,285,287 kes berbanding 1,197,584 semalam.

Amerika Syarikat terus mendahului dengan mencatat sebanyak 336,851 kes atau kira-kira 25 peratus kes positif COVID-19 dengan 9,620 kes kematian secara keseluruhan.

Petugas di barisan hadapan terdiri dari doktor dan jururawat di Hospital Kuala Lumpur melakukan persediaan sebelum dibenarkan masuk untuk merawat pesakit yang positif COVID-19. (Gambar hiasan/NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

Sebanyak enam negara di Eropah berada dalam senarai 10 negara yang mencatat jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi iaitu Sepanyol yang kini berada di tempat kedua dengan sebanyak 135,032 kes, mengatasi Itali dengan jumlah jangkitan 128,948 kes.

Jerman turut mencatatkan pertambahan jangkitan dengan 100,132 kes, diikuti  Perancis (92,839), China (81,708), Iran (60,500), United Kingdom (47,806), Turki (27,069) dan Switzerland (21,282)

Gambar utama: Kredit AFP/Piero Cruciatti)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Jun 2026

“Bila Kita Berjubah Di Kata Tunggang, Buat Street Dakwah Di Kata Nak Tunjuk Baik” – PU Riz

PU Riz kesal apabila terdapat segelintir individu yang suka menuding jari dan mempertikaikan setiap usaha yang lakukan terutamanya jika ia membawa ke arah kebaikan.

Featured Fri, 9 May 2025

Komitmen Kerja Punca Tangguh Berhijab, Isyariana Percaya Pada Rezeki – “2018 Lagi Saya Dah Niat Tapi…”

Isyariana pernah menerima tawaran namun ditarik semula gara-gara imejnya kini yang sudah bertudung.

Featured Tue, 19 Nov 2024
Featured Tue, 31 Mar 2026

Aisha Retno Kesal Netizen Indonesia Dakwa Lagu ‘Jodoh Lebaran’ Tak Berkualiti

Penyanyi berbakat, Aisha Retno kesal apabila lagu raya miliknya berjudul, Jodoh Lebaran yang dihasilkan menerima komen negatif dalam kalangan netizen Indonesia.

Featured Fri, 11 Oct 2019

Golongan berisiko menghidap kanser payudara? Anda salah seorang daripadanya!

Bersama tingkatkan kesedaran risiko kanser payudara

Featured Wed, 23 Apr 2025

Isteri Edika Yusof Akhirnya ‘Buka Mulut’, Dedah Suami Banyak Kali Lafaz Talak & Angkat Sumpah Laknat

Edika telah menafikan semua dan telah mengangkat sumpah laknat pada Januari.

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Tue, 4 Nov 2025

Suprise Istimewa! Isteri Hadiah Motor Idaman Buat Achey

Kejutan itu dirancang oleh isteri tercinta dengan bantuan rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat.

error: Content is protected !!