Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin August 11, 2024 @ 3:01pm

Kemungkinan Wujud ‘Double Standards’, Diskriminasi Terhadap Azizulhasni Awang?

Mungkinkah berlaku diskriminasi terhadap keputusan membatalkan penyertaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang pada pusingan pertama acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024, malam tadi akibat kesalahan memotong pacer?

Memetik laporan Harian Metro, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsi insiden yang pernah berlaku pada Sukan Olimpik Rio 2016 ketika dirinya menyaksikan sendiri aksi atlet berbasikal trek negara di hadapan matanya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Khairy mengimbas semula semasa pusingan akhir acara keirin, berlaku dua ‘false start’ membabitkan pelumba Great Britain, Jason Kenny serta Azizulhasni sendiri dan kali kedua membabitkan pelumba Jerman, Joachim Eilers.

“Ketiga-tiga mereka didapati memotong derny (pacer). Saya masih ingat kerana saya berada di pit velodrom bersama pengurus pasukan, Datuk Amarjit Singh dan jurulatih, John Beasley.

“Ketiga-tiga negara mengemukakan rayuan terhadap penyingkiran itu. Saya masih ingat memberitahu Amarjit, ‘Kita bernasib baik Azizul bukan satu-satunya yang melebihi derny dan pelumba British serta Jerman juga dinilai telah melakukan perkara yang sama. Komisar tidak akan berani menyingkirkan pelumba Barat’.

“Memang benar, kesemuanya diberi amaran tetapi dibenarkan beraksi semula di final. Kenny meraih emas dan Azizul memenangi gangsa. Apa yang berlaku malam ini (malam tadi) adalah satu kesilapan. Tetapi terdapat ‘precedent’ yang jelas bahawa amaran boleh diberikan sebagai pengganti kepada hukuman pembatalan secara serta merta,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni Awang Disqualified! Tidak Beraksi Dalam Repechages… Netizen Luah Rasa Kecewa – “This Is So Heartbreaking!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pacer Bergerak Perlahan… Azizulhasni Awang Jelas Keadaan Sebenar – “Saya Dihimpit Pelumba Perancis, Hampir Jatuh”

Terdahulu, Azizulhasni yang memulakan saingan di kedudukan keenam, cuba membuat gerakan awal dengan memotong pelumba lain sebelum pacer keluar daripada trek di pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, malam tadi.

Begitupun, Azizulhasni dikesan turut melepasi pacer sebelum dia disingkirkan daripada saingan sekali gus impiannya untuk memenangi pingat emas pertama negara pada penampilan terakhirnya di Olimpik berkecai.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Puteri Jepun Ini Sanggup Gadaikan Status Dirajanya Untuk Mengahwini Rakyat Biasa

Demi cinta, dia rela kehilangan darjat dan harta. Anda sanggup?

Featured Tue, 30 May 2023
Trending Thu, 23 Aug 2018

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar…

Trending Sat, 26 Oct 2019

“Tolong Jangan Percaya,” Ada Pihak Cuba Fitnah Tunku Azizah

Dakwa Baginda Jalankan Program Matawang Digital

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Umur Dah Cecah 50 Tahun, Mana Tahu Kubur Memanggil…” – Aaron Aziz Nekad Elak Babak Dukung, Bersentuhan

Aaron menjelaskan dia masih terbuka menerima tawaran lakonan, namun mengharapkan watak yang lebih segar dan mencabar

Featured Mon, 12 Jan 2026

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Fazura menegaskan, dia sama sekali tidak berasa segan untuk berkawan atau membantu rakannya yang kurang mahir mengenai penampilan diri.

Featured Fri, 15 Nov 2024
Featured Fri, 3 Oct 2025

Ustazah Asnim Mansor Gagal Tahan Sebak, Titip Bacaan Yassin & Doa Buat Peserta Misi GSF

endakwah terkenal itu gagal menahan sebak ketika mengalunkan bacaan Yassin dan doa khusus buat para sukarelawan.

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
error: Content is protected !!