Euforia Bola 2026
Drama By: Padin March 26, 2023 @ 11:30am

Kenali Watak-Watak Utama Filem Tonton Original, ‘Irama Kita’

‘Irama Kita’ adalah filem original terbitan Tonton, arahan Izuan Mokhtar.

Filem ini menonjolkan kisah perjuangan empat sekawan yang memasang impian untuk berkecimpung dalam bidang muzik dengan serius. Namun, sudah tentu ada cabarannya.

Kenali watak-watak utama yang mewarnai kisah ini.

#1 Izi (dilakonkan oleh Farah Nadiah)

Izaida Hafizi yang lebih mesra disapa sebagai Izi merupakan anak kepada ketua kampung. Dia mempunyai otak yang geliga dan menggalas harapan untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti. Dia juga berdepan dengan jangkaan untuk berkelakuan lemah lembut. Perkara ini bertentangan dengan minatnya yang suka bermain drum dengan bunyi yang berdentuman dan menyanyi sesungguh hati.

#2 Fiq (dilakonkan oleh Aiman Tino)

Bagi Syafiq atau lebih dikenali sebagai Fiq pula, gitar merupakan alat muzik pilihannya. Dia juga sememangnya mahir bermain gitar dan pandai menulis lagu. Ibu dan adik-adiknya turut gemar mendengar dia bermain muzik. Namun, keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil menjadi kekangan baginya untuk mencapai cita-citanya.

#3 Alvin (dilakonkan oleh Kahoe Hon)

Alvin merupakan seorang yang begitu ceria. Namun, di sebalik personaliti riangnya itu, dia berdepan konflik dengan ibunya yang menegah minatnya untuk mencebur diri dalam bidang muzik dengan lebih serius.

#4 Kef (dilakonkan oleh Ahmad Adly)

Tentangan keluarga bukanlah isu bagi Kefli Rahim atau nama panggilannya, Kef. Ayahnya memberi sokongan untuk dia menuntut ilmu dalam bidang muzik dan menyertai ibunya yang berada di Amerika Syarikat. Namun, dilema terbit dari dirinya sendiri kerana dia berasa berat hati untuk meninggalkan ayahnya. Dia juga berpegang kepada harapan bahawa ibunya akan pulang untuk mengubati rindu.

Walaupun tiada jaminan mereka akan mencapai cita-cita seni mereka itu, empat sekawan ini berani bermimpi dan memulakan perjalanan dengan kedudukan kewangan yang tidak kukuh untuk ke uji bakat bagi sebuat program realiti televisyen yang berjudul ‘The Academy.’ Jerih perih yang dilalui mematangkan mereka.

Cerita Apa? ‘Irama Kita’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 8 Mar 2025

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025

Drama Fri, 24 Oct 2025

Adam Lee Tersentak Bertemu ‘Ayah’ Di Sarang Pelacuran Dalam ‘Bintang Di Langit Syawal’

‘Bintang Di Langit Syawal’ sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, konflik keluarga dan pencarian identiti diri.

Drama Mon, 3 Apr 2023
Drama Thu, 4 Apr 2024

Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

Wah! Bukan senang nak dapat pujian dari seorang Erma Fatimah. Terbaik lah Aedy & Hannah!❤️👏

Drama Thu, 26 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik Lang Swe’

Banyak tanggungjawab Cik Lang Swe ni.

Drama Fri, 15 Dec 2023
error: Content is protected !!