Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 30, 2019 @ 11:44am

Kenapa Wujud Tanda Lahir ‘Port Wine Stain’ Pada Tubuh Anak?

Pasti ada ibu bapa yang risau apabila melihat tanda lahir bayi. Adakah ia akan hilang, adakah ia menunjukkan masalah lain atau adakah si kecil akan dapat menerima tanda tersebut apabila mereka besar nanti?

Soalan-soalan ini pastinya pernah muncul dalam fikiran ibu bapa tatkala menyedari kewujudan tanda lahir berkenaan. Antara tanda lahir yang sering dilihat adalah jenis port wine stain. 

Mari kita baca penjelasan mengenai tanda lahir berkenaan oleh Hello Doktor.

Apakah tanda lahir port wine stain?

Secara umumnya, terdapat dua jenis utama tanda lahir iaitu:

Tanda lahir berpigmen: Ia terjadi akibat pigmen yang berlebihan di kawasan kulit tersebut. Kebiasaannya berwarna gelap seperti tahi lalat.

Tanda lahir vaskular: Ia terjadi akibat saluran darah yang terkumpul di bawah kulit. Kebiasaannya berwarna kemerahan atau merah jambu.

Tanda lahir port wine stain atau nevus flameus merupakan sejenis tanda lahir vaskular. Ia berwarna seakan-akan merah jambu atau ungu gelap. Biasanya, ia akan terjadi pada kawasan muka, kepala, leher, tangan atau kaki. Pun begitu, ia masih boleh terjadi pada anggota badan yang lain.

Apakah punca ia terjadi?

Tanda lahir ini bukanlah berpunca daripada faktor genetik atau keturunan kerana ia akan berlaku secara rawak pada bayi yang tertentu.

Punca sebenar ia terjadi adalah terdapat saluran darah di suatu kawasan kulit yang sempit lalu mengakibatkan darah terkumpul di bawah kulit. Kumpulan darah inilah yang menyebabkan kawasan permukaan kulit tersebut bertukar warna seakan merah jambu atau ungu gelap.

Kredit: Knoxville Dermatology Group

Adakah ia berbahaya?

Sebenarnya, tanda lahir ini tidak mendatangkan sebarang bahaya atau mudarat kepada bayi anda. Namun begitu, ia mungkin merupakan tanda bayi anda mempunyai kondisi kesihatan seperti sindrom ‘Sturge-Weber’ atau ‘Klippel-Trenaunay’ yang berbahaya kepada tumbesaran bayi anda.

Sebaiknya, bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini.

Perkara yang paling perlu dikuatiri oleh ibu bapa adalah tanda lahir ini mungkin akan membuat penampilan mereka lain daripada yang lain lalu menggugat keyakinan diri mereka, terutamanya ketika menjangkau usia remaja.

Adakah ia akan hilang dengan sendiri?

Hakikatnya, tanda lahir ini adalah bersifat kekal dan tiada rawatan atau ubatan yang boleh digunapakai untuk menghilangkannya. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan prosedur laser khas yang boleh memudarkan warna tanda lahir pada bayi mereka bagi tujuan kosmetik.

Namun begitu, ibu bapa seharusnya terus menyemai keyakinan dalam diri anak anda sekiranya mereka mengalami tanda lahir ini. Beritahu mereka bahawa tanda lahir ini bukanlah satu kecacatan atau kelainan daripada individu lain sebaliknya satu keunikan yang tidak semua individu berpeluang mengalaminya.

Kalau kita perhatikan ibu bapa di negara-negara barat, ramai antara mereka yang bersifat terbuka dan menyemai keyakinan dalam diri anak-anak yang mengalami kondisi unik. Hasilnya, anak-anak lebih yakin diri dan mampu menjalani hidup dengan baik bahkan menjadi inspirasi kepada orang lain seperti model ini.

Sumber: webmd & Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 13 Nov 2021

Plein Air Riverscape Taman Eko Rimba Ulu Bendol 2021: Pameran Seni Alam Semulajadi Dan Keindahan Sungai

Menyemai penghargaan kepada alam melalui hasil karya lukisan merupakan tema yang diangkat oleh penganjur, PELUKIS dan juga Persatuan Pelukis Negeri Sembilan untuk Program Plein-Air Riverscape Taman Eko Rimba Ulu Bendol. Pada 14 November 2021, program […]

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018

Euwww…Perhatikan Wajah Korang Secara Teliti, Ada Tak BENDA Ni?

Perhatikan makanan yang korang ambil setiap hari. Lihat kuantiti minyaknya, itu juga salah satu faktor mengapa blackhead atau whitehead ‘menggila’.

LIFESTYLE Tue, 22 May 2018

「过度使用社群软体」可能使女性对自己身材更不满

觉得每天滑脸书、Instagram,让妳对自己的身材越看越不开心吗?

LIFESTYLE Mon, 12 Mar 2018

Fenomena Panama Dance, “Wajib kalau suami suruh,”

“Orang kata pulak, ‘haram tang mana pulak ustaz oi’, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

LIFESTYLE Sat, 30 Dec 2017

5 Peralatan Elektrik Penyebab Bill TNB Tinggi

Selalu dapat bill TNB harga mencanak, apa kata praktiskan tips ini .

Events Mon, 10 Dec 2018
LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tak Tahu Nak Bawa Apa Ketika Bercuti? Nah, Semak List Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel!

Wow! Menarik juga list yang disediakan oleh tema Xtra ni. korang boleh try nanti okay!

LIFESTYLE Tue, 29 Dec 2020

Kisah Inspirasi ‘Legasi Perwira’ Bakal Bantu Usahawan

Tak sabar nak tengok Legasi Perwira!

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
error: Content is protected !!