Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 15, 2018 @ 6:16am

Keputusan SPM 2017 Catat Peningkatan, Tahniah!

Tahniah kepada semua pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang mendapat keputusan sebentar tadi!

Kepada pelajar yang berjaya, tahniah kami ucapkan manakala yang kurang memberangsangkan, jangan berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan adik-adik semua.

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016.

Tambahnya, pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPM 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar.

Amin berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

“Berdasarkan kualiti jawapan calon, 27 peratus calon menguasai KBAT tahap tinggi, 39 peratus tahap sederhana dan 34 peratus tahap rendah.

Calon menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2017 di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 48 dari 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan, manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Fri, 17 Apr 2026

Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Azar Azmi mengaskan bahawa duit sumbangan daripada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang terimanya baru-baru ini bukanlah untuk mengikat jamin suami.

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Potret Keluarga Aliff Aziz Raih Tumpuan, Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah ‘Ditutup’?

ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi meraih tumpuan ramai selepas didakwa ‘menutup’ wajah bekas menantunya, Bella Astillah. 

Hiburan Sun, 28 Sep 2025
Featured Sat, 13 Dec 2025
error: Content is protected !!