Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 31, 2020 @ 4:08pm

Kerak usus punca perut boroi, betul ke?

Tidak dinafikan ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mempercayai kewujudan kerak usus atau erti kata lainnya satu lapisan kotoran lama yang berada di dalam usus akibat tidak menjaga pemakanan dengan betul.

Kerak usus dikatakan berlaku kerana makanan yang diambil boleh berhenti dan tersimpan di dalam usus sehingga melekat padanya dan menyerupai kerak.

Kredit gambar: Iluminasi

Kerak usus juga dikatakan sebagai punca perut boroi sehingga ramai pengusaha produk mengambil kesempatan menjual produk untuk mencuci usus.

Menurut laman sesawang Root of Science, pergerakan usus akan sentiasa berlaku dan dinding usus itu sendiri boleh menghasilkan enzim atau bendalir bagi mengelakkan najis melekat pada dinding usus, justeru istilah kerak usus memang tidak wujud sama sekali!

Doktor yang selalu membuat prosedur endoskopi juga tidak pernah menjumpai kerak usus, justeru ia bukan punca perut seseorang itu boroi.

Kredit gambar: Pa & Ma

Berikut adalah antara punca masalah perut boroi:

1. Amalan pemakanan tidak seimbang

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak trans adalah punca perut boroi. Pengambilan makanan rendah protein dan tinggi karbohidrat juga menjerumus kepada masalah perut boroi kerana ia akan membuat seseorang itu lambat kenyang lalu akan makan dalam jumlah yang lebih banyak.

2. Kurang bersenam

Malas bersenam adalah punca perut menjadi boroi. Pertambahan berat badan akan berlaku jika seseorang itu makan lebih banyak berbanding kalori yang dibakar oleh tubuh badan, justeru senaman adalah langkah terbaik untuk membakar lebihan kalori.

Kredit gambat: Health News – Univerisity of Miami Health

3. Stres

Kebanyakan individu cenderung untuk makan ketika stres. Tubuh badan mempunyai satu hormon yang dikenali sebagai kortisol yang akan dirembeskan setiap kali berasa tertekan untuk membantu mengawalnya.

Bagaimanapun, terdapat kesan sampingan kerana kortisol akan mengakibatkan kalori tersimpan di dalam perut dan menyebabkan seseorang itu lebih mudah gemuk. Oleh itu, kita perlu mengawal tekanan untuk mengurangkan risiko perut boroi.

Faktor lain yang menyebabkan perut boroi adalah genetik, waktu tidur tidak tetap, merokok dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Kredit sumber: Hello Doktor & Root of Science

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Jun 2018

Yuna Dedah Kisah Peribadi Di Dalam Filem Pendek Wanita Besi

Yuna berasa malu untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum menerusi sebuah filem pendek berjudul Wanita Besi.

Featured Thu, 9 Apr 2026

“Janganlah Mudah Label Orang Redflag, Kenal Orang Tu Baru Boleh Judge” – Ikmal Amry Pertahan Jefri Nichol, Minta ‘Stop’ Budaya Suka Bandingkan Orang

Meskipun wajahnya dikatakan mirip pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, pelakon Ikmal Amry bagaimanapun berharap orang ramai berhenti membuat perbandingan berbaur negatif terhadap dirinya dan  aktor itu termasuk melabelnya  sebagai ‘red flag’.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Wed, 20 Aug 2025

Doa Anak Sulung Termakbul, Nina Ismail Bakal Timang ‘Baby Boy’

Jeanelle Nika Mandagie adalah  individu yang paling teruja mengenai pengumuman tersebut.

Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

error: Content is protected !!