Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin September 20, 2018 @ 7:00pm

Ketahui 5 Personaliti Berdasarkan Coklat Kegemaran Anda

Tahukah anda bahawa coklat yang anda suka itu akan mempengaruhi sifat peribadi anda? Menurut kajian di North Dakota State University dan Gettysburg Colleg, seseorang yang meminati rasa manis seperti coklat akan menunjukkan persetujuan lebih berbanding mereka yang suka makanan pahit, pedas atau berperisa.

Bagi anda yang juga penggemar coklat, jom semak apakah jenis coklat yang anda sukai dan ketahui sifat personaliti anda!

1. Coklat susu

Foto: Pexels/Kaboompics.com

Bagi anda yang meminati coklat variasi susu, anda mempunyai sifat tenang dan tidak mahu diganggu. Jika anda lebih suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Bukan itu saja, anda juga mempunyai sisi peribadi yang romantis dan tidak malu untuk menunjukkan komitmen. Apabila anda berada dalam hubungan, hubungan anda akan bertahan lama kerana anda adalah jenis orang yang setia.

2. Coklat hitam

Foto: Pexels/Pixabay

Jika anda seorang peminat coklat gelap atau dark chocolate, anda adalah orang yang suka perubahan, berkelas dan terurus. Anda boleh menyatakan pendapat anda dengan kuat tetapi masih bertanggungjawab.

Anda juga seorang yang sentiasa bertenaga dan dapat membuat keputusan dengan tegas. Hubungan dengan orang lain juga kuat dan erat, anda adalah jenis orang yang suka perbincangan bersama.

3. Coklat putih

Foto: Richardsonscandy.com

Berbeza pula dengan anda yang meminati coklat putih, anda lebih artistik dan mempunyai kreativiti yang tinggi. Anda juga seorang yang kerap mengelamun atau merenung ketika mencari idea. Orang yang baharu mengenali diri anda akan sering menggambarkan anda sebagai seorang yang sensitif. 

4. Coklat pudina

Foto: Mccormick.com

Bagi peminat coklat mint atau pudina pula, adalah seorang yang tahu apa yang mereka mahukan dan faham bagaimana untuk mendapatkannya. Menjadi orang yang berjaya adalah matlamat utama dalam kehidupan seorang peminat coklat pudina.

Anda juga jenis orang yang agak sensitif, sentiasa mempertimbangkan perasaan orang lain. Nilai dan budaya juga sangat penting, anda adalah asli dan tidak mengikut arus atau kata-kata orang.

5. Coklat kacang

Foto: Pexels/Public Domain Pictures

Peminat coklat kacang pula cenderung mempunyai citarasa lama, tetapi sentiasa menjadi trendsetter. Anda lebih suka mempunyai beberapa kawan yang berkualiti tinggi saja. Peminat coklat kacang juga kadang-kadang bersifat sarkastik tetapi, anda seorang yang jujur dan tidak talam dua muka!

Dah tahu personaliti anda kan? Apa pun berpada-padalah makan coklat ya, takut diabetes pula nanti!

Sumber: AliffChannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 23 Jan 2018

Magis Alam di MaxOne Hotel Ubud

Jika merancang bercuti ke Bali dan ingin menginap di daerah Ubud yang kurang hiruk-pikuk kota, apa kata anda memilih Max One Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

Gaya Hidup Fri, 5 Oct 2018

Teh Untuk Golongan “Have-Have”, Harga Segram Lebih Mahal Daripada Emas!

Patutlah harganya mahal, ianya terdapat di kawasan pergunungan sekitar bandar Wuyishan di China.

Gaya Hidup Mon, 11 Jun 2018

Guna Serbuk Pengeras Minyak Ini Untuk Mudahkan Anda Buang Minyak Masak

Sangat mudah! Guna serbuk pengeras ini, dan minyak masak anda akan jadi lebih senang untuk dibuang.

Gaya Hidup Fri, 29 Jun 2018

Kalau Nak Rambut Kekal Sihat Dan Tak Gugur, Ikuti Tip Penjagaan Rambut Oleh Yuna

Tip penjagaan rambut oleh Yuna ini memang patut anda praktikkan!

Featured Fri, 13 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 15 Sep 2025

Malaysian Craft Council Angkat Kota Bharu Ke Peringkat Dunia, Sasar Pengiktirafan ‘World Craft City’

Pencalonan ini membuktikan kejayaan warisan seni kraf negeri Kelantan di mata dunia.

Featured Fri, 3 Apr 2020

7 sebab Huawei MatePad Pro perlu dimiliki

Tablet baharu memudahkan kerja dari rumah

Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Featured Sun, 22 Mar 2020
error: Content is protected !!