Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 29, 2020 @ 10:04pm

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti strain COVID-19 yang telah bermutasi dan bersifat lebih ‘ganas’ sehingga menyebabkan penularan berlaku dengan mudah dan cepat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu menemukan strain baharu yang diperoleh daripada sampel pesakit kes ke-26 sehingga mengubah sifat virus itu menjadi lebih dahsyat berbanding strain awal COVID-19.

Beliau berkata, sehingga kini beberapa laporan di seluruh dunia mendapati lebih 30 strain COVID-19 yang bermutasi menyebabkan pemahaman mengenai rawatan terhadap pesakit juga berubah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“India melaporkan 10 mutasi, tapi kita difahamkan ada 30 mutasi setakat ini. Di Malaysia, IMR yang turut melaksanakan pengasingan virus dan juga kultur virus berkenaan, mendapati virus daripada kes ke-26 contohnya, sudah bermutasi pada kodon 15.

“Mutasi itu mungkin menyebabkan virus (COVID-19) ini menjadi lebih dahsyat dari segi jangkitan atau penularan dan dalam kes itu mengakibatkan ia merebak dengan mudah  sehingga menjangkti 120 individu,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di United Kingdom, SkyNews melaporkan ahli sains di China membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati lebih 30 strain koronavirus itu yang sudah bermutasi.

Penemuan itu dikatakan menjelaskan mengapa COVID-19 bersifat lebih ganas di beberapa tempat di dunia.

Penyelidik di Universiti Zhejiang, China melaporkan mereka mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan virus terbabit bermutasi sehingga berupaya mengubah kepatogenan atau darjah keupayaan patogen yang menyebabkan penyakit.

Penyelidik di China melakukan kajian ke atas sampel pesakit yang positif COVID-19. (Gambar hiasan/REUTERS)

Dr Noor Hisham berkata, kajian IMR itu penting dalam menentukan strain COVID-19 yang menjangkiti pesakit di Malaysia termasuk mengenal pasti kaedah rawatan bersesuaian.

Katanya, IMR bukan hanya tertumpu untuk melaksanakan lebih banyak kajian, tetapi turut memberi fokus pada pengasingan virus dan mengkaji strain virus yang berbeza di negara ini.

“Setakat ini, yang  kita pasti pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua, kes di negara ini membabitkan COVID-19 strain B iaitu sama dengan kes di Wuhan, China, manakala di Amerika Syarikat strain A dan Eropah pula COVID-19 strain C.

“Misalnya, kini kita turut mengkaji sampel daripada pesakit yang positif COVID-19 pada gelombang kedua, iaitu yang pulang dari negara tertentu,” katanya.

GAMBAR UTAMA: COVID-19 di bawah mikroskop (Kredit AFP)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Mon, 19 May 2025
Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]

Featured Mon, 4 Apr 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
error: Content is protected !!