Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 1, 2026 @ 11:20am

Komen Emoji Hati Terhadap Aktres Indonesia Jadi Bualan, Remy Ishak Komen: “Isteri Saya Tahu Semua”

Pelakon Datuk Remy Ishak tampil menjelaskan tindakannya meninggalkan emoji mata berbentuk hati pada hantaran aktres Indonesia, Aghniny Haque yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Menurut Remy, perkara itu dilakukan dengan pengetahuan isterinya, Datin Ezza Yusof dan tidak menimbulkan sebarang isu kerana hubungan mereka sebagai suami isteri bersifat terbuka dan saling memahami.

“Isteri saya memang tahu semua perkara tentang saya. Malah dia sendiri tertanya kenapa ada netizen yang melihat perkara ini secara pelik.

“Apa saja yang saya buat, semuanya dalam pengetahuan kami berdua. Hubungan kami sangat telus dan tidak ada perkara yang disorokkan.

“Saya berlakon dengan siapa pun, termasuk gambar yang tular menggunakan teknologi AI sebelum ini, saya akan tunjuk dan minta pandangan isteri dahulu sama ada ia sesuai atau tidak,” katanya kepada XTRA.

Remy ditemui pada tayangan perdana filem terbaharunya, Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Mid Valley Megamall, malam tadi.

Mengulas lanjut, Remy menjelaskan Aghniny merupakan heroin gandingannya dalam filem Khadam.

“Dia heroin saya dalam filem Khadam. Mungkin ramai tidak tahu, tapi tidak semua perkara perlu saya jelaskan kepada umum.

“Ada yang mahu tahu segala hal tentang saya, sedangkan bukan semua orang berada dalam lingkungan rapat saya.

“Bila mereka tidak dapat maklumat, mula timbul pelbagai andaian yang kurang baik. Saya tidak perlu terangkan kepada semua tentang siapa rakan saya atau setiap perkara yang saya lakukan. Itu bukan sesuatu yang wajib untuk diketahui,” katanya.

Sebelum ini, tindakan Remy meninggalkan emoji pada hantaran Aghniny di Threads mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap ia kurang sensitif terhadap isterinya.

Namun, Ezza kemudian menjelaskan bahawa komen tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada strategi promosi untuk filem Khadam yang menampilkan gandingan Remy bersama Aghniny.

Dalam perkembangan lain, Remy kini muncul dengan filem baharu berjudul Mikael: Pemburu Dua Alam yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula esok.

Filem yang menggabungkan elemen aksi, komedi dan dunia mistik itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Noreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Amir Nafis dan Ahirine Ahirudin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Bagusnya dapat suami yang sentiasa mengingatkan perkara-perkara baik💖

Featured Sun, 3 Apr 2022
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Bibir Seksi Izara Aishah ‘Palsu’ Rupanya?

Izara Aishah antara top 5 wanita cantik kat hati min. Hehe

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Alamak…Floor 88 ‘Kantoi’ Dalam ICSYVMY 2?

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana Shafique berjaya membuat semua orang terpegun dengan suaranya yang merdu.

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

‘Kongsi Mesej Yang Dikata ‘Friendly’ Itu,’- Fazura Kecewa Terima Tuduhan Tak Berasas

“ Saya mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej tersebut yang dikatakan bersifat ‘friendly’ supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri,” kata pelakon jelita Nur Fazura yang kecewa dengan kiriman teks diterima daripada Datuk Hans Issac berhubung […]

Featured Wed, 7 Feb 2024
Trending Fri, 12 Oct 2018

Mulai 2019, Semua Restoran ‘Open-Air’ Akan Diiktiraf Sebagai Zon Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan telah pun mengesahkan berita ini.

error: Content is protected !!