Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 23, 2022 @ 7:07am

Lama Tak Muncul Dengan Single, Tremendous Jadi Senjata Kedewasaan 6ixth Sense

Mac 2022 akan menjadi sebuah momen pemula yang sangat dinantikan 6ixth Sense selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’.

Mempertaruhkan single terbaharu dengan judul Tremendous, sengaja kumpulan ini memilih penggunaan bahasa Inggeris sebagai tajuk.

Tremendous menjadi signifikan untuk keseluruhan lagu ini. Apalagi menerusi karya yang dihasilkan sendiri vokalisnya, Adi Priyo bersama Nawfas, Yoya, Athan dan Hary, mereka mengemudi hala tuju untaian balada yang begitu sinonim dengan 6ixth Sense.

Menerusi Tremendous yang liriknya juga dihasilkan Adi Priyo, ia mengangkat kisah persahabatan yang begitu rapat sehingga sanggup berkorban ketika sahabat nya dalam kesusahan dan selalu ada ketika memerlukan bantuan.

“Tremendous pun berhubung kait dengan 6ixth Sense dan persahabatan kami selama 17 tahun dengan segala liku liku juga naik turun yang 6ixth Sense lalui.

“Sebab inilah yang membuat kami melancarkan lagu bertajuk Tremendous ini untuk menjadikan lagu ini sebagai cerminan dari pada persahabatan kami selama ini dan juga menjadi lagu penyemangat bagi semua pencinta musik dan kesetiaan deriaku,” ujar Adi Priyo.

Adi kemudian menjelaskan bagaimana hala tuju muzik 6ixth Sense kini berubah. Ia bukan sebuah eksperimen, tetapi sebagai indikasi dewasa kumpulan yang sudah lama bergelumang dengan genre untaian cinta termasuk Sebait Hati yang dipasarkan pada 2019 lalu.

“Dengan kedewasaan dalam bermuzik kali ini kami ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga pengorbanan.

“Liriknya pula penuh dengan kekuatan magis pembangkit semangat persahabatan,” kata Adi.

Tidak hanya dilancarkan sebagai alunan di telinga, Tremendous dijelmakan bersama muzik video. Lewat muzik videonya, Tremendous diceritakan dengan plot penculikan seorang wanita.

“Muzik video Tremendous menyentuh kisah tentang seorang wanita yang diculik dan sahabat yang mencuba menyelamatkannya walaupun menghadapi penculik penculik yang sangat bengis tanpa mengenal rasa takut.

“Walaupun dia sebenarnya tak mampu menghadapi tapi dia redah juga demi seorang sahabat,” jelas Adi.

Dengan kelahiran Tremendous, Adi berharap kembali mampu memeriahkan industri muzik tempatan dan Nusantara yang ‘terganggu’ kerana pandemik COVID 19.

Jangan berputus asa untuk terus menghasilkan karya karya yang hebat. “Jangan tumbang patah semangat jika hayat belum sekarat hidup hanya sekali,” kata Adi.

Tambah Wan, “Apa yang saya harapkan ke depannya, kami (anak seni) mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan balik industri muzik yang dikira agak suram setelah Covid 19 melanda dan saya berharap juga untuk artis-artis yang lain terus semangat tanpa putus asa untuk mengeluarkan karya-karya yang hebat, Insya Allah,” ujar Wan yang merupakan pemain dram.

Semangat itu diteruskan dengan kata-kata Athan, ”Jangan berhenti bermimpi. Success will come at the right time, at the right moment with tremendous and effort.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Hiburan Wed, 25 Aug 2021

Dayana Roza Selamat Lahirkan Anak Sulung Secara Pramatang, Beri Nama Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza, 30, selamat melahirkan anak sulungnya secara pramatang pada 20 Julai lalu. Pemilik nama penuh Nur Dayana Kamsun Baharin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.4 kilogram secara normal diberi nama Astrid Raheeya. “Sepatutnya […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
Trending Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Trending Sun, 12 Aug 2018

天生体质「比较敏感」易遇好兄弟体质5特征

什么样体质的人最容易接触到不同空间的众生?可以从手相和面相去看,拥有以下提到特征,个性或是体质较敏感,容易会遇到「鬼」!

Featured Fri, 14 Oct 2022
Trending Mon, 17 Aug 2020
Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Tak Pernah Terlambat Untuk Perbaiki Diri, Hubungan Atau Keadaan” – Diana Danielle

Diana Danielle berkata selagi perubahan itu membawa kebaikan, ia tetap berbaloi untuk dicuba.

error: Content is protected !!