Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 14, 2017 @ 6:19am

Lana Dan Suami Rancang Tunai Umrah Bersama

Alhamdulillah…pelakon Lana Nordin memanjatkan rasa syukur selepas suami meluahkan hasrat ingin mendalami Islam lebih mendalam.

Menerusi caption yang dimuatnaik di laman Instagram Lana sebentar tadi, Lana menulis “YA Allah terima kasih kau bukakan hatinya dan terima doaku,”

Menurut Lana, suaminya tidak berpeluang mengikuti kelas agama sebelum ini atas komitmen latihan di luar negara.

“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Selama ini saya sentiasa mendoakan Allah memberkati suami, tetapkan hati dan imannya agar terus kekal dengan Islam.

“Saya tak pernah paksa dia cuma sentiasa mengingatkan kewajiban yang perlu dilaksanakan. Kalau boleh, biar dia buat dengan rela hati,” katanya.

Kata Lana, dia terharu membaca mesej suami yang ingin belajar mengaji dan sembahyang dengan betul.

“Dia tahu semua perkara itu wajib bagi seorang Islam. Saya dan suami juga merancang menunaikan umrah tahun hadapan.

“Dulu suami pernah ke Jeddah tetapi tak boleh masuk Makkah sebab bukan Islam. Apabila kami berkahwin, dia selalu menyatakan hasrat untuk ke sana. Insya Allah jika segalanya dipermudahkan, kami akan menunaikan umrah tahun depan. Doakan agar impian ini terlaksana,” katanya.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin dan Mohd Daud yang juga rakyat Amerika Syarikat berkahwin pada 15 Mei 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Rossa Jawab Tuduhan Didakwa ‘Perosak’ Rumah Tangga YouTuber Indonesia – “Chill, Saya Suka Yang…” 

Alamak, tak ada angin tak ada ribut nama Rossa dipetik perosak rumah tangga?

Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Featured Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Fri, 19 Sep 2025

Dikritik Seksi, Liyana Jasmay Terima Kecaman Netizen Dengan Hati Terbuka

netizen kritik semakin seksi, Liyana Jasmay terbuka terima teguran

Hiburan Wed, 21 May 2025

Home of Ejen Ali! Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2

Kool 101 diumumkan sebagai Home of Ejen Ali yang menjadi hab rasmi bagi segala aktiviti promosi filem EATM2.

error: Content is protected !!