Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 19, 2025 @ 3:23pm

Dikritik Seksi, Liyana Jasmay Terima Kecaman Netizen Dengan Hati Terbuka

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tampil memberi penjelasan selepas penampilannya kebelakangan ini menjadi bualan kerana dianggap semakin seksi.

Liyana, yang kini juga bergelar pengarah, berkata dia sebenarnya sudah lama berpakaian begitu namun jarang berkongsi di media sosial.

“Saya selalu pakai macam tu, shorts atau skirts, cuma tak umumkan di media sosial. Bila sekali-sekala saya kongsi, ia jadi isu.

“Memang betul apa yang orang cakap, tak sepatutnya berpakaian seksi. Saya tak marah atau minta orang jangan kacau saya.

“Semua nasihat dan kecaman saya terima saja. Saya pun bukan orang yang baik, jadi saya terima seadanya,” katanya.

Pelantun lagu Cinta Bersatu ini berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, pada Khamis.

Mengulas mengenai isu seorang penyanyi baharu yang juga anak kepada selebriti apabila memilih untuk membuka hijabnya, Liyana menegaskan dia tidak layak untuk menghukum sesiapa.

“Itu bukan hak saya untuk menghakimi. Saya pun tak tahu apa yang dia lalui.

“Apa yang saya tahu, saya hanya jaga diri sendiri, tidak menganiaya orang, tidak menyakiti dan tidak menipu dalam urusan apa pun. Itu prinsip saya.

“Semoga dia terus sabar dan kuat kalau benar-benar mahu kekal dalam industri. Dia pun masih muda,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Janna Nick Mohon Maaf

Ada pula  netizen yang telah merakam gelagat pelakon cantik ini duduk seakan-akan terkangkang sambil bermain fon. Aksi kurang sopan Janna itu lantas mengundang pelbagai kritikan dan kecaman dari netizen. Laju je netizen kan?

Featured Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Cristina Suzanne Larang Anak Masuk Asrama, Akui Bimbang Kes Buli – “Bukan Overprotective, Tapi…”

Menurut Cristina, dia sudah menetapkan sejak awal anaknya bebas menentukan hala tuju hidup sendiri apabila mencecah usia 18 tahun

Hiburan Wed, 22 Oct 2025

“Kalau Orang Gosip Tentang Kita, Bermakna Kita Penting Dalam Hidupnya” – Nourul Depp Pesan Jangan Mudah ‘Down’

Nourul Depp cara terbaik berdepan situasi sebegitu adalah dengan berfikir positif

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Featured Fri, 29 Sep 2023
error: Content is protected !!