Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin June 30, 2025 @ 9:00pm

Langkawi Dah Sedia Jadi Destinasi Mesra OKU! JOKAL 2025 Buka Mata Industri Pelancongan, Siap Ada Dive Spot Baru di Pulau Kentut!

Bila sebut Langkawi, ramai bayangkan pantai cantik, coklat murah dan tempat ‘healing’. Kini, pulau legenda itu bakal membawa maksud yang jauh lebih besar iaitu menjadi perintis pelancongan mesra orang kurang upaya (OKU) pertama di Malaysia!

Melalui program Jelajah OKU x Asnaf Langkawi (JOKAL 2025) yang berlangsung selama 7 hari 6 malam, seramai 120 peserta OKU dan asnaf dari seluruh negara dibawa menyelami keindahan Langkawi dari perspektif lebih inklusif, selesa dan penuh makna.

Langkawi Bukan Lagi Sekadar Cuti-Cuti Biasa

Program ini merupakan inisiatif CMA Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Belia OKU (MBOKU) dan Balai Seni Negara Langkawi, serta mendapat sokongan penuh pelbagai pihak demi memastikan lokasi pelancongan terkenal itu benar-benar boleh diakses semua.

“Program ini memberi fokus kepada fasiliti mesra OKU serta kelestarian alam sekitar (wildlife), menjadikan tarikan-tarikan di Langkawi lebih inklusif dan sesuai untuk golongan OKU.

“Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai platform pelancongan yang lebih mesra OKU,” kata Mohd Faiz Suhaimi selaku Presiden MBOKU.

Peserta dibawa melawat tempat-tempat ikonik Langkawi seperti Galeria Perdana, Taman Buaya, Kompleks Kraf, Dream Forest, dan Underwater World, semuanya disusun dengan ciri aksesibiliti yang teliti.

Lengkap dengan kemudahan seperti kenderaan lif hidraulik, pengiring perubatan, bantuan kerusi roda dan sukarelawan mobiliti, pengalaman pelancongan kali ini benar-benar menyentuh hati.

Bukan Sekadar Melancong, Tapi Beri Peluang Menjana Pendapatan

Salah satu highlight JOKAL 2025 ialah karnival jualan melibatkan 40 vendor yang memberi peluang kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan komuniti.

“Ini bukan sekadar lawatan pelancongan, ia disebut sebagai satu perjalanan yang membuka mata kepada potensi besar golongan OKU dan asnaf…

“Program ini juga memberi ruang kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan secara aktif,” tambah Faiz.

Sambutan Hangat, Impak Jangka Panjang

Program ini turut mendapat sambutan luar biasa, membuktikan bahawa pendekatan seperti JOKAL mempunyai potensi besar dalam mengubah wajah pelancongan negara.

“Kita nampak keterujaan peserta apabila kemudahan yang disediakan benar-benar mengambil kira keperluan mereka. JOKAL bukan sekadar program, tapi satu gerakan membuka mata industri pelancongan bahawa akses untuk OKU bukan lagi satu pilihan tapi ia adalah keperluan,” jelas Pengarah Program, Ally Isyraf.

Menurut Pengarah Urusan CMA Media, Suraya Saad, walaupun banyak kemudahan asas sudah tersedia di Langkawi, masih terdapat aspek yang boleh diperbaiki — seperti tandas awam mesra OKU, maklumat pelancongan inklusif, dan kempen kesedaran.

“Akses pelancongan yang inklusif juga perlu diperkukuhkan, termasuk penyediaan fasiliti untuk warga emas dan OKU dalam pakej-pakej pelancongan yang sedia ada,” katanya.

Pulau Kentut Bakal Jadi Dive Spot Baharu!

Antara pengumuman paling menarik semasa JOKAL 2025 ialah rancangan untuk membangunkan Pulau Kentut sebagai lokasi menyelam baharu yang inklusif, menjadikannya alternatif kepada Pulau Payar.

“Pulau Kentut akan jadi dive spot baru selain Pulau Payar di Langkawi. Plan yang akan berjalan di Pulau Kentut ialah coral planting…

“Selain itu, projek biorock underwater museum pertama dalam Malaysia juga akan dimulakan di sini,” kata Ally.

Projek ini dijangka bukan sahaja memberi nafas baru kepada ekopelancongan marin, tetapi turut membuka peluang ekonomi kepada komuniti rentan dan penyelam luar negara.

Langkawi Menuju 2030 Sebagai Model Inklusif Negara

Menurut Zaslan Zeeha Zaini, Pengarah Balai Seni Negara Langkawi, pelancongan negara perlu bersedia menghadapi perubahan demografi, terutama menjelang Tahun Melawat Kedah 2026 dan misi menjadikan Malaysia sebagai negara warga emas menjelang tahun 2030.

“Lawatan ini bukan sekadar aktiviti santai… membina inspirasi dan minat baharu dalam kalangan peserta, membuktikan Langkawi mampu menjadi model rujukan pelancongan inklusif,” katanya.

Next Stop: Sabah, Sarawak & Dunia!

Dengan kejayaan JOKAL 2025 di Langkawi, penganjur kini bersedia untuk mengembangkan program ini ke Sabah, Sarawak dan negara-negara luar seperti Uzbekistan, sekali gus membawa jenama pelancongan inklusif Malaysia ke peringkat global.

Dari snorkeling ke peluang bisnes, dari kesedaran ke empati, JOKAL 2025 bukan saja membuka mata industri, tetapi juga hati ramai. Langkawi kini bukan hanya destinasi, tapi simbol perubahan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 15 Nov 2019

原来呼吸会瘦?!揭密脂肪怎么排出

我们都知道减肥不是减体重,而是减掉多余的脂肪,那么脂肪最后是怎么排出体内的呢?不是透过排泄或汗水,也不是脂肪会转换成肌肉,而是透过「呼吸」。

Fab Foodies! Thu, 14 Feb 2019
Fab Foodies! Wed, 26 Sep 2018

9种咖啡揭露9种性格,你爱喝哪一种?

咖啡是一种风靡全球的流行饮品,而咖啡的种类也是让人眼花缭乱。但你知道吗?不同种类的咖啡也有着不同的含义……

LIFESTYLE Sat, 21 Apr 2018

用力笑吧!「笑」为身心带来5大好处

你有多久没笑了呢?我们常常希望身边能够遇到风趣幽默的朋友,能够逗得自己哈哈笑,但距离上一次自己开怀大笑是什么时候呢?

Automobile Sun, 29 Apr 2018

4 Aplikasi Edit Gambar Yang Selalu Digunakan Artis Kpop!

Ini lah rahsia di sebalik gambar yang cantik macam artis kpop korang!

LIFESTYLE Mon, 30 Dec 2019

Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik?

Ketahui Apa Fungsi Putih-Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

LIFESTYLE Tue, 3 Dec 2019

5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir

Encik suami sila ambil perhatian dengan tips yang dikongsikan ini

LIFESTYLE Thu, 2 Aug 2018

Cara Hilang Stress Berpanjangan

Jangan di simpan didalam hati kerana stress atau ‘depression’ boleh membunuh dalam diam

LIFESTYLE Sat, 2 Feb 2019

风水大师Kenny Hoo:2019年旺财催运贴士

CJ WOW SHOP与著名风水大师Kenny Hoo许鸿方合作,给你「2019年旺财催运」贴士!

LIFESTYLE Sun, 24 Mar 2019

Kesalahan Bil Elektrik Melambung Tinggi Sebab Guna Aircond

Bila cuaca panas, pastinya orang ramai akan lebih suka duduk di rumah atau ditempat yang berhawa dingin. Malah dalam satu kajian yang dilakukan jumlah penggunaan penghawa dingin telah meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun. […]

error: Content is protected !!