Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2023 @ 6:00pm

Lepas Gian & Menjaga Eksklusiviti, Nora Danish Bakal Buka Rumah Produksi Sendiri?

Pelakon popular, Nora Danish, 41, menegaskan dia bukanlah memilih naskhah lakonannya seperti yang didakwa segelintir peminat, namun dia lebih kepada menjaga eksklusiviti sebagai seorang pelakon dan juga isteri.

Menurut Nora, perkara itu mula menjadi perhatian selepas dia melahirkan anak lelakinya, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia 5 tahun.

“Bila orang kata memilih tak lah juga, cuma menjaga eksklusiviti disebabkan masa saya yang terhad dan menjadikan family sebagai priority saya.

“Perkara ni orang mula nampak sebab saya melahirkan Ney Ney dan  pada ketika itu umur dia baru setahun lebih. Dan sekarang umur dia dah 5 tahun,” katanya

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis Malam Gala Filem Sumpahan Malam Raya yang diadakan di GSC NU Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Nora Danish hadir ketika Malam Gala filem Sumpahan Malam Raya di GSC NU Sentral, pada Rabu

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dirinya yang kini sudah kurang mendapat tawaran lakonan dan diberikan watak-watak mencabar, Nora bagaimanapun memaklumkan dia tidak risau sekiranya perkara itu berlaku.

Ini kerana, dia sudah mempunyai perancangan tersendiri iaitu dengan menerbitkan rumah produksinya sendiri iaitu , ND Production.

“Saya tak risau sebab saya plan nak buka production house sendiri. So, kalau katakan suatu hari nanti saya dah ready untuk bawakan watak-watak mencabar ni. I have my own production house untuk merealisasikan impian-impian saya termasuklah dengan siapa saya nak berlakon.

“Namun, setakat ini production dah ada, cuma belum fully operate lagi and not any time soon,” jelasnya.

Mengaku lebih menjga eksklusiviti sekarang ini kerana…

Tambahnya, perancangan untuk menerbitkan rumah produksi sendiri tercetus sejak tahun lalu lagi.

Dan, aktres ini memikirkan tahun 2023 adalah waktu yangpaling tepat untuknya mencuba sesuatu yang baru sesuai dengan pengalamannya dalam industri seni tanah air selama 20 tahun lebih.

“Production house ni dah plan since last year. Sebab saya rasa, sudah tiba masanya saya pun berlakon dah lama dalam 20 tahun lebih jadi untuk saya meninggalkan benda yang saya sayang dan minat tu memang susah sangat. Kadang kalau saya busy dengan kerja pun, saya kata rindu sangat.

“So saya rasa ini adalah inisiatif saya untuk membuka production house sendiri dan saya boleh aktif disitu,” ujarnya.

Terdahulu, selain Nora Danish, pelawak Atu, Danial Zaini, Reen Rahim, Dato’ Yusry Abdul Halim, Saiful Apek, Yassin Yahya, Bell Ngasri, Ropie Cecupak antara yang turut membintangi filem bergenre komedi seram arahan Dato’ Professor Dr. A. Razak Mohaideen yang bakal ditayangkan pada 22 April 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Trending Fri, 15 Jun 2018
familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Hanya 10 Finalis Bakal Ke AJL! Jom Semak 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 39!

Jom semak senarai penuh 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39!

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Remy Ishak Putus Tunang

Walaupun sudah putus, Remy tidak menolak jika dia dan Ezza kembali bersama…

Featured Mon, 29 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Kay & Ika Tersingkir, Ada Pasangan Dapat Restu Kahwin? Jom Recap Episod 5!

Episod kelima Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta agung berlangsung pada malam tadi. Episod terbabit telah menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena, Pasya & Puteri, Kay & […]

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

‘Bantu Kami Istiqamah Ya Allah…’- Mila Jirin Sebak Bercakap Tentang Aurat

Kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans…bertudung tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna.

error: Content is protected !!