Categories: LIFESTYLE

5 Tips Untuk Gadis Petite Kelihatan Tinggi

Adakah anda tergolong dalam gadis petite? Pastinya anda ingin kelihatan seperti model runaway dimana cantik dan kelihatan tinggi. Anda mungkin tidak menggemari memakai kasut tumit tinggi tetapi masih ingin kelihatan cantik, ini ada 5 tips untuk anda pratikkan. 

1.Stail rambut

Tips untuk anda yang tidak bertudung. Rambut pendek yang menampakkan leher anda panjang secara automati menunjukkan ketinggian. Untuk yang berambut panjang mungkin anda boleh ikatkan rambut agar kelihatan lebih kemas.  Atau apa kata anda buat gaya bun. Lagi nampak elegan.

2.Kasut tinggi 

Kasut tinggi memang option yang senang untuk semua nampak tinggi. Tapi ada cara untuk memakainya. Untuk kelihatan tinggi anda perlu memastikan yang seluar, jeans atau skirt labuh yang anda pakai menutupi kasut tumit tinggi. Barulah anda nampak tinggi . 

3.Pemilihan Kasut

Pemilihan kasut perlu untuk penampilan. Untuk kelihatan lebih tinggi, pastikan kasut itu adalah kasut yang bermuncung tajam ataupun pointed shoes.  Muncung tajam akan menampakkan bahagian buku lali ke hujung jari kaki panjang.

4. Corak Pakaian Menegak

Memakai pakaian corak menegak dapat memberikan ilusi anda lebih tinggi. Corak menegak sememangnya memberi impak pada siapa yang memakainya dimana apabila difokus pada corak tiada lagi rendah dalam kamus anda

5. Seluar

Tips untuk dikongsikan pakai seluar seperti palazo dan pastikan seluar tu high waisted. Ini akan membantu kaki anda kelihatan panjang dari atas pinggang apabila anda masukkan baju kedalam seluar

Dengan tips ini dapat membantu anda kelihatan lebih tinggi dan berjalan seperti model di runaway dengan penuh keyakinan

Credit pic: google 

Ditulis oleh : SGMS Enal

SGMS Putri