Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Ada Yang Kata Boba Boleh Keras Dalam Perut?

Isu tentang ‘boba’ yang didakwa oleh segelintir golongan ia menjadi keras seperti batu setelah semalaman berjemur di bawah pancaran matahari.

Seorang pengguna Facebook, Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia telah tampil memberi penjelasan mengenai mengapa boba yang didakwa dua wanita itu menjadi keras seperti batu.

“Bubble dibuat dari tepung ubi, komponen utama dia kanji.”

Pernah beli boba yang belum dimasak? Keras kan? Tapi taklah sekeras yang sudah direbus dan kering semula.

Menurut ahli kimia ini, sebenarnya boba yang berulang-ulang dipanas-sejuk akan menjadi lebih keras kerana penyusunan semula (rearrangement) struktur molekul kanji berlaku.

Hal ini akan menyebabkan ikatan antara struktur kanji makin padat yang mana terlihat dari fizikalnya yang mengeras.

Tambahnya lagi, dalam perut tidak akan menjadi keras seperti mana yang didakwa dalam video tersebut.

Kenapa jadi macam itu?

Kerana dalam perut kita ada cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia semulajadi (aka enzim, hormon, asid, alkali…) yang bertungkus lumus menjalankan proses penghadaman. Cuma ianya akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dihadam.

Tambahnya lagi, jika ingin membantu proses penghadaman bebola bubble ini, maka kunyahlah lama-lama. Aktiviti mengunyah lama-lama ini akan mengecilkan saiz bebola bubble serta memberikan ruang dan masa yang cukup untuk enzim dalam air liur berinteraksi dengan struktur kanji. Ini akan memudahkan proses pencernaan seterusnya dalam sistem penghadaman

Pesannya, mohon pengemar ambil peduli tentang kandungan gula yang terdapat dalam minuman ini. Makan dan nikmatilah namun lebihkan beserdehana. Ingat, segala yang berlebihan membawa mudarat.

Sumber: Dr Fatimah Salim

SGMS Enal