LIFESTYLE By: SGMS Enal January 14, 2019 @ 10:22am

Air Suam Dan Garam Mampu Redakan Sakit Tekak?

Sakit tekak merupakan antara penyakit yang paling kerap dihidapi tidak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak. Masalah sakit tekak ini boleh terjadi dalam keadaan yang biasa-biasa sehinggalah membuatkan tubuh kita lemah dan menjejaskan rutin harian.

Sering juga kita dengar tentang petua-petua yang diajar oleh orang dulu-dulu bagi menyembuhkan sakit ini. Tetapi, sejauh manakah keberkesanan petua-petua yang ada itu?

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan amalan yang boleh anda lakukan dirumah sekiranya mengalami sakit tekak yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya.

Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.

Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?

Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.

Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.

Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.

Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.

 

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 13 Mar 2019
LIFESTYLE Wed, 20 Nov 2019

最近在哪方面会运势大发?

生活中总有运势起伏,有许多事情需要面对,你是否也会好奇接下来的运势?

Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
LIFESTYLE Thu, 17 Oct 2019

Saran Golongan Lelaki Jalani Ujian Mamografi

Walaupun kepada individu lelaki tidak mempunyai risiko tinggi tetapi ini untuk Kesan Potensi Kanser Payu Dara

LIFESTYLE Sat, 5 Oct 2019

Masalah Mental Berpunca Dari Rumah Betul Ke?

Mencegah lagi bagus dari merawat. Awasilah diri anda dan juga anak-anak

LIFESTYLE Fri, 20 Apr 2018

Kenapa Ramai Wanita Bertarung Kanser Di Usia Muda?

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah!

LIFESTYLE Wed, 4 Sep 2019

”Toilet Newspaper/Handphone Syndrom” Punca Buasir Terhasil?

Syndrom apakah ini ? ”Toilet Newspaper/Handphone Syndrom” 

LIFESTYLE Wed, 10 Oct 2018

Rawatan dan Pencegahan Sakit Telinga

Kalau anda mengalami sakit telinga bagaimana ingin merawat dan mencegah. Harap dapat membantu anda di luar sana

LIFESTYLE Mon, 30 Sep 2019

Simptom Anak Lambat Cakap

Ada diantara simptom ini boleh dinampak secara terangan dan ada yang tidak. Jadi luangkan lebih masa untuk memerhati

LIFESTYLE Sat, 20 Oct 2018

不只会变胖!「睡太少6后果」崩溃公开

别再晚睡了!睡太少一直是现代人的通病,生活压力造成惯性熬夜,长久累积下来不仅会降低大脑的执行力,还会为身体带来诸多负面影响。